Pelakon dan penyanyi, Erra Fazia berkongsi detik lucu apabila memaklumkan anaknya, Engku Aleesya dikatakan telah terlupa untuk memasukkan air sewaktu ingin menanak nasi.

Jelas Era, perkara tersebut hanya disedari olehnya ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menikmati hidangan makan malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasik. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk and dia ditugaskan masak nasik.

“Sekaliiiii bila time nak makan, buka-buka periuk..dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering! Nasib baik ada standby nasi lemak.

“Alahaiii anakkk..its ok sayang.. don’t give up!! Nanti cuba lagi okay,” tulisnya.

“Momen Ni Akan Kukenang Sampai Bila-Bila,” – Engku Aleesya Tanak Nasi Tapi Lupa Letak Air! Reaksi Erra Fazira Bikin Ramai Geli Hati “Momen Ni Akan Kukenang Sampai Bila-Bila,” – Engku Aleesya Tanak Nasi Tapi Lupa Letak Air! Reaksi Erra Fazira Bikin Ramai Geli Hati

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Erra tetap memberikan kata-kata semangat buat anaknya untuk tidak berhenti mencuba lagi selepas ini.

“Momen Ni Akan Kukenang Sampai Bila-Bila,” – Engku Aleesya Tanak Nasi Tapi Lupa Letak Air! Reaksi Erra Fazira Bikin Ramai Geli Hati “Momen Ni Akan Kukenang Sampai Bila-Bila,” – Engku Aleesya Tanak Nasi Tapi Lupa Letak Air! Reaksi Erra Fazira Bikin Ramai Geli Hati

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis ternyata terhibur melihat telatah dua beranak itu selain turut memuji usaha Aleesya yang telah pun mencuba sehabis baik.

IKLAN

“Don’t give up Aleesya. Anak dara yang dah 24 tahun dah tua bangka pun tak tahu masak nasik. Tahu makan je.

“Dia bukan tak reti cuma terlupa je.

“Hahaha takpe sekurang-kurangnya dia try juga masak nasi.

“Hahaha Aleesya sangat jujur orangnya. Haha cute.

IKLAN

“Takpe Aleesya. Aunty pun kadang-kadang lupa hidupkan suis banyak now pikir gitu ler,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Momen Ni Akan Kukenang Sampai Bila-Bila,” – Engku Aleesya Tanak Nasi Tapi Lupa Letak Air! Reaksi Erra Fazira Bikin Ramai Geli Hati

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI