Pelakon, Amyra Rosli mendedahkan dirinya sudah pun bersedia untuk berdepan segala kemungkinan yang mendatang, termasuk kritikan setelah diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara baru bagi program popular, Nona.

Menurut Amyra, dia sebolehnya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk menjayakan program ini sebaik mungkin.

“Untuk menerima kecaman, saya sudah bersedia 101%. Saya bukan nak kata saya tak pedulikan komen netizen tetapi kita buat baik pun orang mengata. Ini rezeki saya dan saya akan buat dengan cara saya sendiri.

“Tiada manusia yang sempurna dan cara untuk mengatasi adalah dengan memperbaiki kesilapan. Sekiranya ada pihak yang mengecam kita senyum sahaja. Saya pun dah berusia 30 tahun tiada apa lagi yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.

“Kita Buat Baik Pun Orang Mengata, Ini Rezeki Saya,” – Amyra Rosli Bersedia 101% Hadapi Kritikan, Amar Baharin Turut Beri Semangat “Kita Buat Baik Pun Orang Mengata, Ini Rezeki Saya,” – Amyra Rosli Bersedia 101% Hadapi Kritikan, Amar Baharin Turut Beri Semangat

Ibu kepada dua orang anak itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amyra turut memaklumkan suaminya yang juga merupakan pelakon, Amar Baharin turut gembira selepas mengetahui mengenai tawaran tersebut.

IKLAN

“Amar happy je. Dia suka tengok perjalan karier saya berkembang. Dia sangat menyokong saya. Bila saya dah dapat jadi pengacara Nona ni, dia banyak beri semangat kepada saya.

“Dia tahu isteri dia ni cepat gementar. Bila saya buat latihan seperti teknik melontarkan vokal, dialah yang paling dekat dan banyak memberikan respon untuk saya tahu kelemahan saya,” jelasnya lagi.

“Kita Buat Baik Pun Orang Mengata, Ini Rezeki Saya,” – Amyra Rosli Bersedia 101% Hadapi Kritikan, Amar Baharin Turut Beri Semangat

Ditanya mengenai harapannya selaku pengacara baru program, Ini reaksi yang diberikan oleh Amyra.

IKLAN

“Saya berharap agar Nona terus menjadi pemangkit semangat buat masyarakat di luar sana khususnya buat para wanita di Malaysia.

“Untuk diri saya sendiri pula, saya ingin memanjatkan rasa syukur sebab saya merupakan antara yang terpilih dan bertuah menjadi salah seorang pengacara Nona yang punyai nama besar dalam negara ni.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh team Media Prima kerana beri kepercayaan ini kepada saya,” akhirinya.

IKLAN

Sekadar informasi, Amyra bakal menggantikan pengacara terdahulu yang juga merupakan pelakon, Mira Filzah yang sudah pun berkhidmat hampir empat tahun bersama program tersebut.

Amyra dan Mira bakal membuat kemunculan istimewa dalam episod terbaru Nona yang bakal bersiaran pada 8 Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Kita Buat Baik Pun Orang Mengata, Ini Rezeki Saya,” – Amyra Rosli Bersedia 101% Hadapi Kritikan, Amar Baharin Turut Beri Semangat

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI