Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam  sekali lagi berkongsi berita duka apabila mengesahkan dirinya turut positif Covid-19 selepas beberapa anak serta suaminya, turut positif wabak berkenaan.

Rebecca memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

“…Tak Boleh Tidur & Terfikir, Dengan Sekelip Mata Segalanya Dari Sang Pencipta,” – Selepas Suami Juga Anak, Datin Rebecca Turut Positif Covid-19

Dia mengakui meski pada awalnya negatif, namun ia bertukar sebaliknya setelah menjaga suami dan anak-anak yang didapati positif.

“Pada Awal nya Saya Negative. Akhirnya MUMMYBECCA juga di sahKan #PositiveCovid19 setelah menjaga suami dan anak anak TerCINTA.

IKLAN

“Doakan MUMMYBECCA Serta Seluruh Keluarga

SIHAT seperti Sedia Kala Ya semua. Secara JUJUR mummy juga Hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terFikir Dgn Sekelip Mata Segalanya Dari Sang PENCIPTA,” tulisnya.

Bekas peserta Dewi Remaja sezaman Scha Alyahya ini juga mengakui kasihan melihat akan keadaan suaminya serta anak-anak yang dijangkiti Covid-19.

“TerLalu Laju, Bahaya Sgt2 #Covid19 ni. Kesian Tgk Suami dan Anak Anak Semua. Jadi MUMMYBECCA tak sampai hati dan TerPaksa Masuk BerCampur dgn mereka Semua utk memberi ubat dan sebagainya.

IKLAN

“Demi Anak anak Dan Suami Yg TerLalu lemah, MUMMYBECCA Cuba KuatKan diri, Dan Akhirnya Malam Tadi, MUMMYBECCA juga DisahKan #positiveCovid19.

“Saya REDHA dgn Ujian Ini #InsyaAllah. Terima Kasih Diatas DOA Anda Semua. #SayaAmatHargai,” tulisnya lagi.

“…Tak Boleh Tidur & Terfikir, Dengan Sekelip Mata Segalanya Dari Sang Pencipta,” – Selepas Suami Juga Anak, Datin Rebecca Turut Positif Covid-19

Kelmarin, Rebecca memaklumkan suaminya Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana, serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.

IKLAN

Menerusi perkongsian sama, Rebecca turut memaklumkan bahawa keadaan suaminya sedikit teruk berbanding yang lain.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“…Tak Boleh Tidur & Terfikir, Dengan Sekelip Mata Segalanya Dari Sang Pencipta,” – Selepas Suami Juga Anak, Datin Rebecca Turut Positif Covid-19

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI