Penyanyi Indonesia, Afgan, kembali menyapa peminat dengan single terbaharu berjudul “Kacamata”, menandakan langkah pertama menuju pelancaran album ketujuhnya, Retrospektif, yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Selepas tujuh tahun tidak tampil dengan album berbahasa Indonesia, Retrospektif menjadi simbol kembalinya Afgan ke akar musikalitinya yang mempopularkan namanya di awal karier.

Jika dua album terdahulu lebih menjurus kepada lagu-lagu Inggeris, kali ini Afgan tampil dengan sentuhan pop Indonesia yang segar, matang dan berjiwa lokal.

Lagu Kacamata mengekalkan identiti pop yang sinonim dengan Afgan, namun diperkaya dengan elemen R&B modenserta produksi muzik yang lebih kontemporari.

Dari segi tema, lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang sanggup mengubah diri demi cinta, namun akhirnya sedar bahawa pengorbanan itu sia-sia kerana diberikan kepada insan yang salah. Ia menjadi metafora tentang kehilangan jati diri dan makna cinta sejati.

“Bagi saya, Kacamata sangat mewakili era itu. Selama 15 tahun berkarya, saya dikenali dengan imej berkaca mata dan lagu-lagu pop, jadi secara simbolik, single ini amat tepat untuk membuka tirai album baharu saya,” katanya.

Afgan Kembali Ke Akar Muzik Pop Dengan Sentuhan Matang, ‘Kacamata’ Jadi Simbol Retrospektif Diri & Cinta Afgan Kembali Ke Akar Muzik Pop Dengan Sentuhan Matang, ‘Kacamata’ Jadi Simbol Retrospektif Diri & Cinta Afgan Kembali Ke Akar Muzik Pop Dengan Sentuhan Matang, ‘Kacamata’ Jadi Simbol Retrospektif Diri & Cinta Afgan Kembali Ke Akar Muzik Pop Dengan Sentuhan Matang, ‘Kacamata’ Jadi Simbol Retrospektif Diri & Cinta

Ads

Simbol Penghargaan, Spiritual & Visual Nostalgia

Dalam proses kreatif, Afgan bekerjasama dengan tiga pemuzik berbakat iaitu Iqbal Siregar, Petra Sihombing dan Kamga Mohammed.

“Iqbal membawa idea awal berupa melodi menarik untuk bahagian korus yang kemudian dikembangkan bersama hingga siap dalam tempoh hanya dua jam.

“Petra bertindak sebagai penerbit dan komposer, manakala Kamga turut berperanan sebagai pengarah vokal di samping menjadi komposer bersama.

“Proses rakaman lagu ini berlangsung pantas namun teratur apabila sesi rakaman vokal diselesaikan dalam setengah hari, manakala keseluruhan produksi termasuk mixing dan mastering siap dalam dua bulan,” jelasnya lagi.

Ads

Selain menjadi simbol perjalanan muziknya, Afgan turut menyelitkan pesan spiritual dalam lagu ini.

“Jangan terlalu berharap pada manusia, kerana satu-satunya yang boleh kita sandarkan hanyalah Tuhan.

“Lagu ini ibarat peringatan untuk kita semua agar tidak kehilangan diri sendiri ketika berhadapan dengan kekecewaan.

Ads

“Dengan ritma yang ringan dan lirik yang mudah diingati, Kacamata ialah lagu yang memberi rasa positif sekali gus membuat pendengar tersenyum di tengah kegalauan,” katanya.

Muzik video Kacamata, arahan Shadtoto Prasetio, menampilkan konsep visual nostalgia era 90-an minimalisdengan sentuhan moden yang segar.

Afgan bergandingan dengan pelakon Yuki Kato menerusi adegan permainan catur sebagai simbol strategi dan pengorbanan dalam cinta.

Menariknya, lagu ini menonjolkan permainan gitar sebagai elemen utama, berbeza dengan kebanyakan karya terdahulu Afgan yang lebih berteraskan piano dan orkestra.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Single Kacamata kini boleh didengarkan di semua platform digital, manakala album penuh Retrospektifdijadualkan menemui peminat pada November depan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI