Penyanyi, Faizal Tahir menyifatkan dirinya mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak berkongsi sebarang foto bersama keluarganya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut Faizal, pada ketika ini, dia lebih memikirkan mengenai nasib saudara mara Islam di Palestin berbanding mempunyai gambar raya yang sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FT (@faizal_tahir)

“Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang gambar saya menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

“Sebenarnya saya lebih risaukan mengenai apa yang berlaku kepada saudara mara kita di Palestin berbanding untuk mengambil gambar yang sempurna untuk dimuat naik di Instagram yang mana ia kurang penting buat saya pada masa ini,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Assalamualaikum Dunia itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Ada Yang Tanya Fasal Gambar Raya, Ini Jawab Faizal Tahir – “Saya Lebih Risaukan Apa Yang Berlaku Di Palestin…” Ada Yang Tanya Fasal Gambar Raya, Ini Jawab Faizal Tahir – “Saya Lebih Risaukan Apa Yang Berlaku Di Palestin…”

Ada Yang Tanya Fasal Gambar Raya, Ini Jawab Faizal Tahir – “Saya Lebih Risaukan Apa Yang Berlaku Di Palestin…”

IKLAN

Bagaimanapun, Faizal mendedahkan dia tidak menganggap perbutan tersebut sebagai satu kesalahan namun bagi dirinya ketika ini bukanlah waktu yang sesuai.

“Tapi saya tak anggap perbuatan tersebut adalah salah untuk dilakukan.

“Silalah bergambar kerana ia juga merupakan sesuatu yang baik lebih-lebih lagi apabila ia juga boleh mendatang kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.

IKLAN

“Cuma pada ketika ini saya ada perkara lain yang harus difikirkan. Nanti bila sudah tiba masanya, saya juga akan berbuat sedemikian,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menghormati keputusan tersebut selain turut menitipkan doa buat seluruh warga Palestin yang ketika ini sedang dilanda musibah.

Ada Yang Tanya Fasal Gambar Raya, Ini Jawab Faizal Tahir – “Saya Lebih Risaukan Apa Yang Berlaku Di Palestin…” Ada Yang Tanya Fasal Gambar Raya, Ini Jawab Faizal Tahir – “Saya Lebih Risaukan Apa Yang Berlaku Di Palestin…” Ada Yang Tanya Fasal Gambar Raya, Ini Jawab Faizal Tahir – “Saya Lebih Risaukan Apa Yang Berlaku Di Palestin…”

Sumber: Instagram Faizal Tahir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI