Aduh tersenyum MH bila membaca kapsyen perkongsian daripada pelakon cantik, Rita Rudaini yang berkongsi tentang anaknya.

Menurut kapsyen pada perkongsian Rita itu, dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam mengajar kanak-kanak.

‘Ada sbb ALLAH xbg sis jd cikgu….tahap kesabaran mengajaq tu xde ? bole putus telinga budak2 ? ….arjuna ni mls menulis…berjam2 abis masa dok tercongok kt dia je ? ….klau bab melukis mmg pantas…,” tulis Rita.

‘Ada Sebab Allah Tak Bagi Sis Jadi Cikgu’ – Rita Rudaini Geram Anak Malas Menulis Tapi Suka Melukis

‘Ada Sebab Allah Tak Bagi Sis Jadi Cikgu’ – Rita Rudaini Geram Anak Malas Menulis Tapi Suka Melukis

Jangan kata Rita sahaja yang tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam mengajar kanak-kanak malah MH pasti ramai lagi orang di luar sana yang sama seperti Rita.

Nampaknya ada juga yang turut meninggalkan komen dan berkata mereka juga seperti Rita yang kurang tahap kesabaran untuk mengajar anak-anak kecil ini.

IKLAN

jarizieyismail: Saya yang cikgu pun xde cukup kesabaran untuk ajar anak sendiri sis @ritrud727…serius senang ajar anak orang dari anak2 sendiri…anak2 sndiri ni mengada lebih bila mak dorg sendiri yang ajar…mak tak kuattt..????

fara.mohamed: Huhu.. Bertabahlah sis @ritrud727, anak bujang sy masa darjah satu bila ditanya ada homework ke tak, dia boleh jawab “homework tu ape mama?”.. Tak tau lah nak gelak ke nak menangis.. Tu baru sorang, ade 3 lg bujang kecik yg peel nye lebih kurang sama.. Menangis tak berlagu dibuatnya..

yuslinammar: Tu la dia betapa sabarnya jadi guru. Murid ada 42 satu kelas. 4 kelas, 5 masa sehari. Memang mental kalau tak sabar.

IKLAN

Dalam pada itu, ramai juga pengikut Rita yang memuji hasil lukisan anaknya.

makcupinky: Cantik lukisannya for his age..berbakat anak u sis @ritrud727

syashnaj_alattas: Cantiknya sis..arjuna melukis bunga tu..mcm hidup plak??

IKLAN

anggeriklavender: Seriuslly arjuna yg lukis??wow hebat???

azilaarifin: Cantik lukisan arjuna… Kalau saya lukis bunga yg simple2 pun belum tentu jadi

Bagi MH, sememangnya bukan mudah untuk mengajar anak-anak kecil ini, kita memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi untuk mendapatkan perhatian daripada mereka.

Biasalah kan budak-budak ni fokus dorang cepat hilang dan mudah tertarik dengan perkara lain apabila mereka sudah mula rasa bosan untuk belajar.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI