Penyanyi rap, MK K-Clique berharap agar para peminat dapat terus menyokong perjalanan kerjaya seninya meskipun selepas dia mendirikan rumah tangga.

Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, dia juga menghargai setiap sokongan yang ditunjukkan peminat sejak hari pertama dia bertapak di dalam bidang ini.

Ada Hati Yang Terluka Lihat MK Kahwin, Ini Respon Tuan Badan

“Kalau ada sesiapa yang terluka daripada hasil tindakan (kahwin) saya ini, saya minta maaf. Saya tiada niat nak melukakan atau menyakiti hati sesiapa pun.

“Namun, saya percaya jika seseorang itu faham dan menyokong kita daripada awal, mereka akan turut gembira dengan berdirinya ‘masjid’ ini,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, penyanyi asal Sabah ini turut memaklumkan dirinya kini sudah tidak terlalu memikirkan soal pengikut di media sosial sebaliknya, dia mahu terus fokus menyampaikan mesej-mesej bermanfaat kepada mayarakat.

IKLAN

Ada Hati Yang Terluka Lihat MK Kahwin, Ini Respon Tuan Badan

“Bukan nak kata saya tak kisah tapi saya terima seadanya. Tidak seperti awal kemunculan saya dahulu. Makin lama, kita harus bergerak ke hadapan.

“Saya sudah banyak belajar dan makin berpengalaman tentang populariti. Dulu mungkin saya mengharapkan perhatian tapi lama kelamaaan, saya mencari sudut pandang yang berbeza.

“Sebelum ini, ketika saya masih remaja, saya pernah buat macam-macam perkara sehingga keluar pelbagai jenis berita. Kini, saya hanya mahu memberikan impak positif kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

IKLAN

Ada Hati Yang Terluka Lihat MK Kahwin, Ini Respon Tuan Badan

Sementara itu, ditanya adakah dia akan lebih berkongsi mengenai isterinya kepada umum selepas mendirikan rumah tangga, ini respon yang diberikan penyanyi lagu Peluang Kedua itu;

“Saya bukan sorok. Sebagai seorang suami, untuk membuatkan isteri saya sebagai tontonan umum, mungkin itu bukan cara saya.

“Namun, setiap perkongsian itu ada cara dan adabnya seperti yang diajar dalam agama.

IKLAN

“Saya tak mahu terlalu menunjuk sangat dan akan menjaga daripada segenap aspek. Tidak semudah-mudahnya untuk saya tunjukkan isteri saya,” akirinya.

Ada Hati Yang Terluka Lihat MK Kahwin, Ini Respon Tuan Badan

Terdahulu, MK telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan cinta hatinya, Siti Hajaar dengan hanya sekali lafaz pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, pasangan ini difahamkan belum membuat sebarang perancangan berbulan madu memandangkan masing-masing masih sibuk dengan tuntutan kerja.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI