Pengarah sensasi, Syamsul Yusof turut berharap agar kemelut rumah tangganya bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan secepat mungkin dengan cara yang baik.

Katanya lagi, dia dan Sarah juga sudah berbincang dan sepakat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“InsyaAllah hari ini akan selesai semuanya. Harapan saya agar segalanya baik-baik sahaja.

“Percubaan untuk selesaikan dengan cara baik itu telah berlaku sejak seminggu yang lalu. InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian terbaik. Saya rasa mungkin akan ada berita baik berlaku hari ini,” katanya kepada MH.

Pengarah filem Munafik itu berkata sedemikian ketika ditemui media saat tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur bagi menghadiri prosiding lafaz cerai pada Rabu.

IKLAN

Ditanya mengenai pemintaan Puteri Sarah yang mahu diceraikan hari ini, ini respon yang diberikan Syamsul;

“Begitulah hendaknya. Tiada apa yang mengejutkan lagi. Hal ini pun dah berlaku lama dan panjang. Saya dan Sarah hanya fikirkan satu sahaja iaitu anak-anak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, hakim Syarie Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang sudah dibuat sebanyak dua kali oleh Syamsul.

IKLAN

Jika mahkamah mensabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bemakna permohonan cerai Puteri Sarah merupakan kali ketiga.

Walau bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan berkenaan dan tidak mengetahui dapatan laporan JKP berkenaan memandangkan ia dibuat secara berasingan.

IKLAN

Sebelum ini, pada 25 Mei lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) memaklumkan ikatan perkahwinan Sarah dan Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan kerana berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada Januari tahun ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas krisis rumah tangganya sejak empat tahun lalu.

Selain itu, dia juga enggan dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI