Pelakon, Puteri Aishah mendedahkan dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan pada bahagian jari tangannya pada Isnin

Munurut Puteri, kecederaan yang menyebabkan (arteri) salur darahnya terpotong  itu berlaku semasa dia sedang memasak di rumah.

Jelasnya lagi, pembedahan tersebut telah berjalan dengan lancar dan dia turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semu pihak yang mengambil berat mengenai dirinya.

“Alhamdulillah operation went well semalam. Thank you pada yg mendoakan saya.

“I accidentally cut my finger masa memasak semalam sampai terputus artery. Tu lah yg doctor ckp pada saya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Dewi Remaja 2013/14 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Puteri turut menjelaskan dia terpaksa berehat buat sementara waktu terutamanya daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan jarinya untuk bergerak.

“Saya tak boleh nak type banyak sangat, as you can see, satu tangan berbalut & satu lagi ada jarum.

“So tak boleh nak reply semua mesej-mesej doa you guys. Apa-apa pun, thank you so much,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga Puteri lekas sembuh.

Terdahulu, Aishah dikatakan bakal tampil menerusi drama terbaru berjudul Rahimah Tanpa Rahim yang akan disiarkan di slot Akasia, TV3.

Drama tersebut turut membariskan ramai pelakon hebat seperti Azlee Khairi, Mustaqim Bahadon, Ezzaty Abdullah, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI