Pelakon, Dira Abu Zahar difahamkan telah dikurniakan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

Perkara tersebut dikongsikan oleh abang kepada Dira menerusi ruangan Instagram stories miliknya.

“Anugerah Sejati Bukan Beli,” – Dira Abu Zahar Terima Pangkat Datuk, Abang Luah Rasa Bangga

“Congrats to my dearly little sister for the title. The first adik beradik aku dapat title Datuk.

IKLAN

“Kau memang padulah @diraabuzahar. Dan paling penting anugerah sejati bukan Datuk beli, yeah,” tulisnya.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan yang sama, Dira dilihat anggun mengenakan sepersalinan baju kurung berwarna biru muda hasil sentuhan indah pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

IKLAN

“Anugerah Sejati Bukan Beli,” – Dira Abu Zahar Terima Pangkat Datuk, Abang Luah Rasa Bangga

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan sahabat terdekat meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah diatas penganugerahan yang diterima oleh Dira itu.

IKLAN

“Anugerah Sejati Bukan Beli,” – Dira Abu Zahar Terima Pangkat Datuk, Abang Luah Rasa Bangga “Anugerah Sejati Bukan Beli,” – Dira Abu Zahar Terima Pangkat Datuk, Abang Luah Rasa Bangga “Anugerah Sejati Bukan Beli,” – Dira Abu Zahar Terima Pangkat Datuk, Abang Luah Rasa Bangga

Selain bergelar pelakon, Dira juga merupakan antara individu yang aktif di dalam dunia politik dan juga aktiviti-aktiviti kemanusiaan.

Sumber: Instagram Dira Abu Zahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI