Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad memaklumkan salah seorang pemuzik untuk rancangannya kendaliannya, The Sherry Show disahkan positif Covid-19, pada Selasa.
Difahamkan, pemain drum bernama Rajwan itu merupakan ahli kumpulan Alif Satar And The Lacos.
Menerusi Instagram, Rajwan atau lebih mesra dengan panggilan Wan memberitahu telah menjalani ujian saringan (swab test) pada Isnin lalu.
Ads
“Salam semua, salah seorang pemuzik The Sherry Show jugak drummer dari Alif n The Locos di sahkan positif covid.
“Sama sama kita doakan supaya @rajwan89 cepat sembuh. Aamiinx,” tulisnya.
Ads
Imbas kembali, kumpulan pemuzik ini juga difahamkan telah membuat persembahan dengan Alif Satar di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) Jumaat lalu.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada memberikan penjelasan seterusnya memohon maaf secara terbuka mengenai uniform rasmi pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dipakainya di sebuah majlis hari jadi yang bertemakan ‘Dream Job’, September lalu.
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mengakui dirinya telah menerima beberapa komen daripada krew anak kapal syarikat penerbangan tersebut kerana didakwa telah melanggar etika selain didakwa tidak menghormati uniform rasmi pramugari MAS.
Jelas Bella, cita-cita pekerjaan di awan biru itu merupakan impian kerjayanya sejak berusia 7 tahun.
“Salam Hi everyone:) Harini baru Bella berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang ‘MAS Uniform’ yang dipakai Bella pada 16/09/2020 lalu sempena tema ‘dream job’ birthday Aidil.
“Bella decided untuk memperagakan MAS Uniform tersebut semata-mata kerana kerjaya pramugari MAS yang merupakan dream job Bella sejak kecil lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan turut berjumpa dengan pihak syarikat penerbangan berkenaan dan mendapat info serta maklumat mengenai sejarah uniform rasmi pramugari MAS.
“Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut dan Alhamdulillah banyak knowledge yang Bella peroleh yang mana Bella rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai terutamanya yang hanya mengetahui serba sedikit tentang sejarah MAS.
“Sebagai seorang pelanggan setia MAS, saya sentiasa mengagumi MAS dan seperti yang semua tahu, Bella berasal dari Sabah dan memang dari kecil menaiki MAS untuk perjalanan ulang alik ke KL.
“Atas perkongsian knowledge daripada pihak MAS, sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983 yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.
“Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya. Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia.
“Dan daripada Bella sendiri, Bella mohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS. Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan. Thanks a lot pihak MAS for the time & sudi berjumpa.
“Thank you pihak MAS untuk hadiah yang diberikan kepada anak2 Bella juga,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akhirnya senarai 30 buah lagu yang telah disenarai pendek untuk bersaing di Muzik Muzik 35 Separuh Akhir sudah pun diumumkan, pada Isnin.
30 buah lagi itu diumumkan menerusi program Muzik-Muzik yang bersiaran secara langsung di TV3.
Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, Muzik Muzik 35 Separuh Akhir akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020.
Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain.
Ia bakal dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, SFMM35 akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Berikut 30 buah lagu yang telah layak ke SFMM35 ini beserta dengan hari persembahan;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Raja Ilya meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.
Tambahan pula, kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kini kian meningkat di negara ini dan pihak kerajaan telah mengambil intensif dengan melaksanakan Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.
Ilya kini berada di Perth, Australia selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Trent Garret.
“We miss Malaysia i miss my mum cook , chicken varuval, nasi kerabu, mee goreng mamak telur mata.
“Gulai tempoyak, durian , traffic jam , shooting , catching up wth friends, jalan jalan Kat Taiping, balik kampung Ipoh, ziarah pakcik. NAK BALIK !!!!!!!,” tulisnya.
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama Garrett pada 23 Disember lepas di Perth, Australia.
Foto: Instagram Raja
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.