Kebelakangan ini, hantaran yang dimuat naik penerbit popular, Datuk A Aida banyak berlatar kepada kata-kata mengenai kehidupan hariannya.
Sambil memuat naik koleksi foto sama ada bersama teman, keluarga atau waktu bercuti ke luar negara, pasti akan ada kata-kata yang melatari hantarannya itu.
Malah, kebanyakan ‘qoutes’ yang ditulis sangat jelas dan terang, termasuklah dalam soal mencari pasangan.
Ads
Menerusi hantaran itu, peminat memberikan reaksi pelbagai dan tak kurang yang menyatakan rasa setuju terhadap apa yang utarakannya.
Kami kongsikan beberapa hantaran yang dimuat naik A Aida;
Ads
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Tahniah diucapkan kepada pelakon senior Sabri Yunus dan Angeline Tan kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Berita gembira itu dikongsikan penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham menerusi laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.
“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tumpang gembira, para peminat dan rakan artis turut mendoakan kebahagian dan kesejahteraan buat pasangan yang sinonim menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.
Menerusi sitkom berkenaan, masing-masing menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS mengakui persembahan Datuk Aishah bersama rakan duetnya, Vince kurang memuaskan.
Menurut Ramli, pasangan duet berkenaan perlu mempersembahkan persembahan yang baik bagi mendapatkan markah yang baik.
“Dekat GV, kamu perlu execute frekuensi yang agak nyaman dan kamu akan dapat rewards, sesiapa sahaja yang bertanding. Jadi pasangannya pun agak gagal, dengan Datuk Aishah sendiri.
“Sebab itu kesemua juri… memang saya pun bagi marah rendah, begitu juri lain pun bagi markah rendah,” katanya.
Sementara itu, maestro muzik itu turut menjelaskan mengenai soal pemilihan rakan duet dan lagu persembahan setiap peserta.
“Pemilihan lagu dan partner datang daripada artis itu sendiri. Sekiranya tak available barulah kita akan berikan pilihan lain tiga atau empat lagi, kamu pilih mana satu yang dimahukan.
“Tentang partner duet adik-beradik, artis senior bagi saya tiada isu. Contoh kalau dapat Datuk M.Nasir sekalipun, saya potong 5 markah, melainkan kalau M.Nasir nyanyi lagu Jamal Abdillah, saya tak potong.
“Dia (Aishah) nak Hafiz Suip, tapi tak available. Jadi dia pilih Vince selepas kita mainkan videonya,” katanya.
Terdahulu, Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta bersama juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince gagal menambat hati juri sekali gus menjadi bintang juara ketiga tersingir dari pentas All Stars Gegar Vaganza dengan markah sebanyak 43.75%
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie mengakui dia suami dia tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu.
Bagaimanapun Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah,35, menjelaskan, mereka tidak pernah berbincang mengenai tempoh waktu tertentu dalam usaha mendapatkan zuriat.
“Jujurnya kami jarang berbincang secara terperinci mengenai bila nak ada cahaya mata atau seumpamanya.
“Tapi buat pertama kali tadi, ketika dalam kereta dia sentuh mengenai perkara tersebut.
“Shuib sebenarnya ada suka sebuah lagu lama berjudul Bintang. Dia hari-hari akan mainkan lagu itu di dalam kereta.
“Tiba-tiba bila saya sedang bersolek sambil lagu itu terpasang, Shuib cakap, nanti bila kita ada anak, kita bagi nama anak kita Bintang eh.
“Sejurus mendengar, saya tidaklah rasa terkejut. Cuma saya tanya kalau anak lelaki atau perempuan, adakah akan letak nama Bintang juga?
“Kata Shuib, ya… tapi sekiranya ada rezeki dapat anak lelaki, namanya mungkin Arjuna Bintang,” katanya kepada MH.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada Siri Konsert Jelajar Suriavolusi di The Curve, Damansara, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Watie memberitahu dia dan Shuib juga jarang untuk saling berkongsi mengenai apa sahaja berita mengenai mereka yang keluar di media massa.
“Walaupun kami banyak masa bersama, tidak pernah kami berborak mengenai apa sahaja kenyataan atau gosip yang keluar di media.
“Itu sebabnya kalau saya ada tulis komen di mana-mana, saya tak ada nak beritahu Shuib. Macam contoh, kalau dia ada terbaca… dia bacalah dan dia tak ada nak tanya mengenai perkara itu ketika di rumah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.