5 ‘Boyband’ Pujaan Ramai Era 90an

Kalau kita lihat zaman sekarang yang semakin maju ini terlalu banyak perubahan dalam bidang muzik. Setiap era mempunyai genre lagu yang berbeza dan menjadi ikutan orang ramai.

Pada tahun 90an kita didedahkan dengan artis-artis berkumpulan yang membawakan irama pop terdiri daripada muzik pop, rock, hip-hop dan R&B. Kumpulan-kumpulan ini menjadi pujaan dan kegilaan remaja suatu ketika dahulu.

Jom kita flashback semula senarai penyanyi lelaki berkumpulan atau ‘boyband’ di era 90an.

 

Kumpulan KRU


Kumpulan Kru ini mempunyai tiga orang ahli dan mereka bertiga merupakan adik-beradik. Norman, Yusry dan Edry merupakan pencetus kepada perkembangan muzik rap dan hip-hop di Malaysia suatu ketika dahulu.

Antara lagu mereka yang popular adalah seperti Awas!, Jangan Lafazkan, Janji Tinggal Janji, Hanya Kau, Di Dalam Dilema dan banyak lagi.

Tiga beradik ini masih lagi aktif di dalam industri seni negara dengan mencipta lagu dan membikin filem-filem bertaraf antarabangsa. Ramai kalangan artis yang lahir di bawah KRU Studios.

 

IKLAN

Kumpulan 4U2C


Pada tahun 1992 kumpulan 4U2C telah ditubuhkan dengan ahli seramai tujuh orang yang terdiri daripada Mizal Zaini atau lebih dikenali dengan nama A.C, Azam, Joe, Adik, Lan, Yanz dan Rin.

Kumpulan ini dibubarkan pada penghujung tahun 1995 akibat pergolakan di dalam kumpulan tersebut.

Sebut Sahaja kumpulan 4U2C pastinya anda akan ingat dengan trademark mereka yang menggantung CD atau cakera padat sebagai rantai dan kumpulan ini terkenal dengan lagu Fiona.

 

Kumpulan Shades
Shades merupakan kumpulan yang popular dengan teknik nyanyian harmoni dan acapella. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1993 dan mempunyai lima orang ahli yang terdiri daripada Izzee, Nazrea, Jeri, Saiful dan Wan.

Antara lagu popular kumpulan ini adalah lagu Malam, Jangan Diucap Selamat Tinggal, Yang Teristimewa dan banyak lagi.

Kumpulan ini juga pernah mendapat anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.

 

Kumpulan Kool

IKLAN


‘Kami Orang-Orang Lama’, inilah nama penuh bagi kumpulan Kool yang popular di era 90an. Kumpulan ini dianggotai oleh Jay, Hairie, Pat, Riot dan Zack.

Kumpulan ini pernah menjadi juara bagi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu pada tahun 1995 dan 1996 dengan lagu ‘Kau Dan Aku’ dan juga ‘Bebas’.

 

Kumpulan A2Z


Dengar sahaja lagu ‘Itik Gembo-Gembo’ pasti ramai sudah tahu siapa penyanyi bagi lagu ini. A2Z atau A to Z mempunyai tiga orang ahli yang terdiri daripada Lan, Jeff dan Fendi.

Selain daripada lagu Itik Gembo-Gembo, kumpulan ini juga terkenal dengan lagu Iyo Ko, Darjat dan banyak lagi.

Kumpulan ini aktif di sekitar tahun 1997 hingga 2000 dan pernah bertukar ahli kumpulan yang disertai oleh Chap untuk menggantikan Fendi.