Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon Erin Malek di Instagramnya. 

Lantas, perkara itu telah mengingatkan ramai apabila gandingan dua pelakon hebat ini menerusi filem Tentang Bulan pada tahun 2006. 

“13 years later…,” tulis penyanyi lagu Satu Jam Saja secara ringkas apabila mereka bertemu dalam satu majlis di IOI City Mall,Putrajaya.

View this post on Instagram

13 years later…

A post shared by A F E E F A (@fatinafeefa) on

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata merindui gandingan mereka ketika memegang watak masing-masing dalam filem arahan Ahmad Idham. 

’13 Tahun Dulu’, Fatin Afeefa Muat Naik Foto Dengan Erin Malek, Netizen Throwback Filem Tentang Bulan ’13 Tahun Dulu’, Fatin Afeefa Muat Naik Foto Dengan Erin Malek, Netizen Throwback Filem Tentang Bulan

Imbas kembali, Fatin ketika itu memegang watak sebagai Suhaila, seorang kanak-kanak perempuan bersifat tomboy, manakala Erin sebagai Zurina seorang gadis yang lemah-lembut dan murah dengan senyuman.

IKLAN

Aedy Ashraf pula sebagai Mawi yang mahu mengejar cita-cita untuk memiliki hati Zurina. 

Nyata, keperibadian Fatin dan Erin kini menjadikan mereka lebih matang dan cantik. 

IKLAN

Dalam sisi lain, kedua-dua figura cantik ini masing-masing kini memiliki dua orang anak iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. 

Erin pula dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq dan Nur Aisha.

 Foto : Instagram Fatin Afeefa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI