Sempurna seadanya majlis akad nikah pasangan paling dinantikan, Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Majlis yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan bermula seawal 10 pagi.
Menarik, ini 12 corat-coret sepanjang majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail. Pastinya satu momen yang tak kan dilupakan!
Neelofa menggunakan khidmat pereka majlis terkenal, Reka Teemor yang menggunakan bungaan putih untuk menghiasi pelamin serta dewan bak di kayangan. Laluan menuju ke pintu dewan turut diserikan dengan hiasan bunga.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.
Ads
Majlis yang bertemakan rona putih turut dihadiri rakan artis seperti Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman.
Pada majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.
Pengantin perempuan yang dilihat seperti bidadari itu menggunakan khidmat solekan jurusolek, Sharman Yeesementara busana serba putihnya dari rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.
Ads
Pengantin perempuan tersandung kecil ketika berjalan menuju ke pelamin sebelum upacara melafaz akad nikah bermula.
Semua tetamu diwajibkan memakai baju warna putih manakala wanita tidak berhijab perlu mengenakan selendang bagi menghormati majlis.
Ads
Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembakar selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).
Alunan lagi nasyid mengiringi sebagai muzik latar sepanjang majlis berlangsung.
Pelakon Izara Aishah menitipkan ucapan kegembiraan selepas Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris. Sifatkan hubungan sebagai adik-beradik dan mereka sudah saling mengenali sejak belasan tahun lagi, sebelum menyertai Dewi Remaja 2010.
Kakak Neelofa, Noor Nabila pula mengharapkan adiknya agar menempuhi alam perkahwinan dengan kesabaran dan saling melengkapi ketika susah atau pun senang.
Foto rasmi: Wedlocx.co
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas tiga hari, akhirnya pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz buka mulut terhadap apa yang berlaku. Di fahamkan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sayang Sayang itu ada melakukan sesi live di Instagram.
Malah, dia turut memuat naik beberapa posting di Insta Stories sejurus melakukan sesi live.
Menerusi salah satu status tersebut, Aliff antara lain merakamkan ucapan terima kasih kepada yang menonton dan turut meminta maaf terhadap apa yang berlaku.
“Saya mohon maaf kepada semua untuk kekhilafan kali ini walaupun saya tahu tidak mampu mengubah apa-apa,” tulisnya.
Malah pada masa sama, Aliff turut meminta netizen supaya jangan mudah untuk menghakimi mesti seseorang itu melakukan kesilapan sama beberapa kali.
“Jangan mudah untuk kata yang seseorang tu buat salah lebih dari sekali atau dua kali atau berkali-kali bererti seseorang itu tidak boleh berubah atau dia adalah orang yang jahat,” antara yang dikongsinya.
Terdahulu, isterinya, Bella Astillah ada memuat naik perbualanbya bersama seorang pengguna media sosial yang memaklumkan suaminya ada berkunjung ke sebuah kelab malam yang turut disertai seorang pelakon wanita.
Foto: Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengakui dirinya berasa takut untuk keluar bagi menjalani sesi pengambaran apatah lagi ketika negara sedang berdepan krisis wabak COVID-19 gelombang ketiga.
Atas kadar kes jangkitan yang meningkat, kerajaan telah pun menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah kawasan.
Menurut Janna, dia tidak mahu menjadi punca pembawa wabak apatah lagi dijangkiti pandemik berbahaya itu.
Takut lah nak shooting 😭 I don’t want to be a spreader / get infected by COVID19…
“Takut lah nak shooting I don’t want to be a spreader / get infected by COVID19,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon telefilem, Pasal Kau itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut berasa risau selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat artis kesayangan mereka itu.
Terdahulu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ada memaklumkan bahawa aktiviti pengambaran adalah dibenarkan di kawasan yang dikuatkusakan PKPB.
Bagaimanapun, pihak produksi hendaklah mematuhi segala garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Malah, pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid turut mengumumkan FINAS telah pun memperkenalkan Insentif Saringan Prihatin bagi membolehkan syarikat produksi membuat tuntutan caj ujian saringan ke atas pelakon dan kru yang menjalani penggambaran sepanjang tempoh PKPB.
Sumber: Twitter Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Relak atas apa yang berlaku, pendatang baru Farhan Asri mengakui tidak ambil hati apabila wajahnya tidak terpapar di skrin ketika kategori memperkenalkan calon Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular diumumkan di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33), Jumaat lalu.
Farhan menjelaskan, perkara tersebut mungkin terdapat kesilapan teknikal sehingga wajahnya tertukar dengan individu lain pada acara yang bersiaran secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil itu.
“Saya tidak kecewa atau ambil hati pun. Saya anggap mungkin ada masalah teknikal yang berlaku sehingga wajah saya tertukar dengan individu lain di skrin.
“Saya akui banyak menerima mesej peribadi daripada peminat yang bertanyakan mengenai perkara ini. Namun tiada apa yang mampu saya katakan. Saya okey saja.
“Saya hanya ingin berterima kasih kepada peminat yang sudah undi ketika proses undian berlangsung.
”Tercalon Top 20 untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular pun dianggap hadiah bermakna untuk saya sepanjang tiga tahun bergiat aktif dalam dunia lakonan,” katanya.
Terdahulu, seorang pemilik akaun di Twitter dikenali sebagai Wafiy Rosli mengakui terkejut apabila wajahnya tersenarai sebagai Artis Baharu Lelaki Popular meskipun dia bukan pelakon.
Perkara tersebut menjadi perhatian seterusnya menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Menurutnya lagi, meski tidak ada rezeki untuk merangkul trofi bagi kategori berkenaan, bintang muda ini bagaimanapun sudah cukup rasa bangga apabila pihak penganjur mencalonkan namanya untuk kategori terbabit.
“Tuhan sebaik-baik perancang. Allah menyusun hidup manusia dengan aturan yang cukup sempurna dan terbaik.
“Saya percaya belum tiba rezeki saya untuk menang sebarang anugerah. Namun saya bersyukurABP33 melihat bakat seni seperti saya yang masih baru ini.
“Bukan sebuah trofi yang saya kejar ketika ini, tapi saya optimis untuk terus aktif berlakon supaya saya dapat berkongsi bakat lakonan yang dimiliki ini. Semoga kehadiran saya ini akan terus diterima baik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Farhan bakal muncul menerusi sebuah drama bersiri berjudul Menantu Tok Sintok dan kini sibuk menjalani penggambaran drama terbaru, Baby Tak Gila.
ABP33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular dengan meraih lebih 22 juta undian.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengalaman dikhianati oleh bekas pembantu peribadi membuatkan pelakon, Uqasha Senrose serik dan sukar mempercayai orang luar untuk masuk ke dalam kehidupannya.