Kemeriahan sambutan Aidilfitri buat penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah bakal jadi lebih bermakna apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dijadualkan akan melahirkan anak keempatnya pada 14 April ini.
Menurut Jamal, isterinya itu akan melahirkan anak bongsu mereka secara pembedahan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.
“Alhamdulillah, sambutan hari raya Aidilfitri saya sekeluarga tahun ini akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata bongsu. Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.
“Banyak perkara yang harus saya tempuhi menjelang minggu hadapan. Kalau ikutkan, saya merancang untuk isteri melahirkan anak bongsu kami pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan tapi doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya kepada MH.
Jamal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya terbaru, Rindu Di Hari Lebaran ciptaan S Atan dan lirik oleh Siso yang diterbitkan FMC Music di Hotel Tenera, Bangi, malam tadi.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Seniman Menangis ini turut mendedahkan dirinya telah menemukan nama yang sesuai buat anaknya itu meskipun sebelum ini pernah meminta pandangan daripada para pengikutnya di laman sosial.
“Alhamdulilah, nama-nama yang para peminat cadangkan pun bagus juga. Saya terima hampir beratus nama menerusi kiriman mesej langsung (DM). Namun, selepas mendengar pandangan ramai, katanya lebih baik saya cari sendiri nama sesuai.
“Saya ada mencari nama seperi ibu Nabi Yusof, makna air mata syurga dan beberapa nama lain. Kesemua nama tersebut mempunyai maksud yang indah.
Ads
“Namun, saya belum boleh kongsikan lagi kepada umum. Tunggulah selepas isteri saya melahirkan nanti,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah beliau risau dengan keadaan isterinya yang bakal menjalani pembedahan kelahiran buat kali keempat, Jamal memaklumkan dia kini lebih yakin kerana teknologi sudah semakin canggih.
“Di zaman ini, teknologi sudah semakin baik. Jadi, kita tidaklah terlalu risau sangat. Kalau zaman dahulu, kita risau kalau anak ini ada komplikasi lain.
Ads
“Doktor pakar sekarang ini sudah boleh buat penilaian dengan lebih baik. Kalau ada apa-apa yang berlaku, mereka boleh kesan lebih awal. Jadi, saya kurang nervous sikit.
“Selepas ini, isteri saya dinasihatkan untuk tidak hamil lagi selepas empat kali menjalani pembedahan. Cukuplah empat orang anak. Dua lelaki dan dua perempuan. Yang penting isteri dan anak sihat,” akhirinya.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, peminat berasa terhibur melihat sikap suami Eyra yang kelakar dan menghiburkan.
Sekadar informasi, pasangan ini telah bernikah pada 3 November lalu dan Haziq telah menyerahkan wang mas kahwin sebanyak RM 3,001 bersama 9 dulang hantaran berbalas 11.
Video: Twitter Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa perkongsian daripada usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli mencuri perhatian apabila dia ada memuat naik tangkap layar yang merakamkan bekas majikannya itu menangis kegembiraan.
Sambil mengakui hubungan mereka cukup akrab, Iqbal antara lain turut mendedahkan Datuk Vida sendiri akan berkongsi punca dia menangis terharu.
Perkara tersebut dikongsikan lelaki berusia 27 tahun itu di Insta Stories, pada Khamis.
“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat dari Dato Seri Vida, sebaliknya beginilah beliau apabila dengan saya. Voice pagi ini beliau hantar kepada saya. Menangis gembira,” tulisnya pada sedutan video tersebut.
“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau hanya kerana ‘mengikis harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” tulis Iqbal pada status Insta Stories yang berbeza.
Sementara itu, Iqbal juga menambah, Datuk Vida pernah berkongsi dia pernah bercita-cita untuk bergelar ustazah selain sering kongsi ‘voice note’ dirinya yang mengalunkan ayat suci al-quran.
“Rutin Dato Seri Vida sejak bertahun dulu. Cuba lihat jam berapa (3:27 pagi). Beliau akan hantarkan suara mengaji, dengan hasrat mahu pandai baca Al Quran.
“Cita-citanya mahu jadi ustazah. Dulu saya berseloroh, “gelak tu cuba perlahan sedikit”. Jawab Dato Seri Vida, “tak boleh nak kontrol jadi sendiri”. Lama kelamaan saya jadi risau kalau lama tak berbunyi suara gelak beliau,” tulisnya.
“Ini jawapan ramai yang DM tanya kenapa Dato Seri Vida menangis gembira… 30/8/2021. Nanti beliau sendiri akan kongsikan,” kongsi Iqbal menerusi sekeping foto Datuk Vida yang ketika itu dipercayai sedang mengambil ujian kesuburan.
Pada masa sama, Iqbal ada memuat baik sekeping foto berbeza yang merakamkan aksi kandid penyanyi lagu I Am Me itu ketika berada di Tanah Suci Mekah.
“4/3/2018. Dato Seri Vida bawa diri ke Mekah untuk berdoa; saat perkahwinan kami tidak direstui oleh beberapa pihak. Itu kali pertama saya tidak mengikuti beliau ke luar negara.
“Setiap kali di hadapan Kaabah, beliau video call dengan saya dan menasihati saya agar bersabar,” tulisnya.
Terdahulu, nama Iqbal yang kini turut sukses dalam dunia bisnes menjadi sebutan apabila kisahnya yang dikatakan bakal berkahwin dengan usahawan terbabit kembali diperkatakan.
Dia bagaimanapun tampil memperincikan mengenai situasi sebenar mengenai hubungan di antara mereka dan turut berkongsi hal berkaitan di laman Instagram.
Foto: Instagram Iqbal Zulkefli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagu ‘Langit Yang Sama’ Menjadi Viral, Bakat Dalia Semakin Mendapat Perhatian!
Dalia Farhana merupakan penyanyi yang cukup dikenali di media sosial kerana suaranya yang merdu. Apabila dia menyanyikan lagu-lagu sedih, ramai orang akan terharu dengan nyanyiannya.
Sebelum ini, Dalia Farhana sering membuat cover atas permintaan orang ramai dan dari situlah dia menjadi popular dalam media sosial.
Kali ini, lagu terbaru Dalia Farhana menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Tajuk lagu tersebut ialah Langit Yang Sama, dan ianya sungguh menarik.
Bakat Dalia atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar semakin mendapat perhatian. Baru-baru ini, suara Dalia mendapat perhatian ribuan orang yang mendengar perkongsian dalam media sosial dia menyanyikan lagu secara langsung.
Dalia kelihatan sangat teruja untuk menunjukkan lagu baharunya kepada seluruh dunia kerana ramai orang sebenarnya tidak tahu siapakah penyanyi sebenar lagu ini.
Lagu terbarunya yang telah ditonton sebanyak 2.2 juta kali sudah pasti membuatkan orang ramai tertarik kepadanya. Suara Dalia sudah tidak diragui lagi kerana telah membuatkan ramai orang tertarik kepadanya.
Ramai orang di YouTube menyukai lagu-lagu yang di cover oleh Dalia dan ada yang mengatakan ia membuatkan mereka berasa sedih.
Antara lagu yang melekat di hati peminatnya ialah Pulang, Bukti, Waktu Yang Salah dan Hanya Rindu. Ada juga yang mengatakan lagu-lagu jiwang itu sangat sesuai untuk dinyanyikan oleh Dalia Farhana.
Peminat Dalia sangat teruja dan akan terus menyokong Dalia.
Sekadar info, Dalia mempunyai jumlah follower TikTok sebanyak 529.3K dan 19.6juta likes ramai yang menyukai suara merdunya itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA