Pelakon dan pengacara Ain Edruce baru-baru ini meraikan ulang tahun kelahiran suami, Mohd Amirul Hafiz yang ke-30 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Sambutan itu turut disertai anak pasangan berkenaan, Soraya yang mana ketiga-tiganya sedondon berpakaian serba hitam pada majlis tersebut menerusi foto yang dikongsikan Ain di laman Instagram.

Menariknya, dalam ucapan untuk suaminya, Ain atau Nurulain Edruce, 32, secara berseloroh memberi amaran kepada Amirul agar tidak sesekali ‘tambah’ isteri.

“Boleh Dah Kot Tambah Lagi Satu Anak, Bukan Isteri Ye,” – Hari Jadi Amirul, Ain Edruce Minta Zuriat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

IKLAN

“Welcome to 3 series Amirul Hafiz. Boleh dah kot tambah lagi satu… tambah anak. Bukan isteri ye.  Love you Yol (Amirul),” tulis Ain di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ain terhibur dengan ucapan yang diberikannya itu malah menyifatkan pasangan suami isteri ini sangat sempoi dan sentiasa ceria.

“Rasanya Amirul akan cakap dalam hati ‘layan yang seorang ini pun dah macam layan empat bini.  Gurau, karang ada netizen yang over react pula.

IKLAN

“Suka tengok Ain dan suami. Celebrate ape pun bawa anak. Ada pasangan yang tak nak anak ganggu. Kesian anak. Untung Soraya dapat join Mummy Daddy dia dating.

“Lain maciamm.. Biasa tengok husband request tambah anak ni wife yang mintak tambah.

“Suka sangatttt tengok Ain and husband! Semoga bahagiaaaaaa sehingga ke syurga,” komen beberapa netizen.

IKLAN

“Boleh Dah Kot Tambah Lagi Satu Anak, Bukan Isteri Ye,” – Hari Jadi Amirul, Ain Edruce Minta Zuriat “Boleh Dah Kot Tambah Lagi Satu Anak, Bukan Isteri Ye,” – Hari Jadi Amirul, Ain Edruce Minta Zuriat

Untuk info, Ain dan Amirul berkahwin pada 13 Disember 2019.  Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI