Pelakon baru, Natasha Elyzza baru ini telah mencetuskan kontroversi melibatkan nama pelakon wanita, Fathia Latiff apabila rakaman video menerusi sebuah aplikasi tersebar di media sosial.

Intipati rakaman video yang tersebar itu pula dikecam oleh ramai pihak kerana penampilan Natasha yang seksi dan seorang lagi gadis yang dikatakan Fathia juga turut menari sambil menunjukkan asetnya.

Rentetan daripada hal yang sedang hangat diperkatakan ini, Natasha tampil memohon maaf kepada semua dengan kesilapan yang telah dilakukannya menerusi akaun Instagramnya.

Natasha menganggap apa yang dilakukannya ini adalah sesuatu yang bodoh dan dia akan belajar melalui kesilapannya malah dia juga turut mengakui bahawa dia sudah memalukan ramai orang.

A post shared by NE (@natashaelyzza) on

IKLAN

“I’m sorry for what i did. It was stupid, and i learn from my mistake. Tasha mengaku tasha dah conteng arang dekat muka ramai org.

 

“Sejujurnya tak semua orang tahu cerita sebenar. Tapi still, silap tasha buka bigo tu. tasha minta maaf sgt sgt. Tasha tahu ramai orang marah tasha, tapi sejujurnya tasha harap orang semua dapat maafkan tasha dan bg peluang utk tasha baiki diri tasha,” tulis permohonan maafnya di Instagram.

Rata-rata pengikutnya telah meninggalkan komen agar dirinya tidak mengulangi lagi kesilapan ini.

handbag_baru_anda: Jgn ulang kesilapan yg sama dear.

min03rity: sokay tasha.. just berhati2 je nti.. ramai yg memerhati n jgn show off sis.. all the best for ur life.. cherish the change .. embrace it.. selmt berjuang

IKLAN

nurhakim_official: @zecatttz Manusia tak pernah lepas dari melakukan dosa ❤ Pintu Taubat Sentiasa Terbuka Luas ❤

Dalam pada itu ada juga segelintir pengikutnya yang merasakan alasan Natasha ini tidak masuk akal malah ada juga yang masih tidak dapat menerima tindakan yang telah dilakukannya.

IKLAN

‘It was stupid’ – Natasha Elyzza

‘It was stupid’ – Natasha Elyzza

‘It was stupid’ – Natasha Elyzza

Sumber: Instagram Natasha Elyzza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI