Wah siapa yang tidak terharu jika hero Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan mengambil berat dengan memberikan pesanan untuk menjaga kesihatan diri.

Bertuah sungguh penyampai radio, Jaa Suzuran apabila dia menerima kata-kata pesanan itu daripada Shah Rukh Khan sendiri.

Perkongsian Jaa ini dikongsi di akaun Instagramnya dengan memuat naik gambar dirinya bersama hero Bollywood tersebut bersama kapsyen yang menyatakan perasaan terharunya.

“Pleass take care of your leg ” , No more superbike . Just four wheel ” . Omg Hahahaha abe jaa akan ingat ayat dia ni how sweet lah kan . Saja nak cakap just incase kalau korang tak perasan . Cuba tengok rambut kami sama tak ? Abang saya tu . Btw Video interview dengan Shah Rukh Khan akan keluar sebelum hari rabu . Are you ready guysss? #ShahRukhKhan #JaaRukhKhan #JaaRoadtoSRK #JabHarryMetSejal #Radha @era_fm #Speechless,” tulis Jaa.

IKLAN

Beberapa jam sebelum memuat naik gambar ini, Jaa juga turut berkongsi satu lagi gambar dirinya bersama pelakon hebat itu dengan kapsyen bahawa misinya sudah 90 peratus berjaya.

Jaa meluahkan rasa gembiranya dengan berkata,

“Finally Shah Rukh Khan for real , He is a legend , Superstar but he’s so humble and nice person,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Shah Rukh Khan Beri Nasihat Pada Jaa Era FM

IKLAN

Jaa juga berkata, dia dapat menemubual Shah Rukh Khan pada jam 1.00pagi di rumah pelakon itu sendiri yang terletak di Mannat.

Menurut Jaa, dia satu-satunya orang yang diberi peluang untuk menemubual Shah Ruk Khan di rumahnya sendiri dan dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Sony Music India kerana merealisasikan impiannya untuk bertemu hero Bollywood tersebut.

IKLAN

Bukan senang ye nak jumpa Shah Rukh Khan depan mata sendiri, bertuah Jaa kerana diberi peluang untuk bertemu dengannya.

Tak sabar pula rasa nak tengok video temubual Jaa dan Shah Rukh Khan nanti.

Sumber: Instagram Jaa Suzuran

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI