Penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak, Zizi Kirana meminta para peminatnya mendoakan yang baik-baik buat semua bersempena dengan bulan kemuliaan ini.

Tidak mahu memberi persepsi negatif terhadap setiap apa komen yang diterimanya, penyanyi asal Sabah yang juga bekas peserta D’Academy Asia musim kedua ini juga memohon supaya yang suka mengecam berhenti-hentilah membawang.

Semuanya gara-gara penyanyi ini memuat naik videonya bertudung sambil menyanyikan lagu sempena Ramadan beberapa lalu. Ramai yang memuji dan tidak kurang yang memberi pesan buat Zizi supaya lebih berhati-hati, jangan jadi penunggang agama.

Tidak kurang, ada yang melabelkannya sebagai manusia munafik.

IKLAN

“Senang cakap, Saya Bukan Jenis Acah-Acah Warak Di Depan Tetapi…” – Tegas Zizi Kirana Bila Dicop Munafik!

IKLAN

“Senang cakap, Saya Bukan Jenis Acah-Acah Warak Di Depan Tetapi…” – Tegas Zizi Kirana Bila Dicop Munafik!

IKLAN

“Senang cakap, Saya Bukan Jenis Acah-Acah Warak Di Depan Tetapi…” – Tegas Zizi Kirana Bila Dicop Munafik!

“Doa yang baik saja buat kita semua, berhenti-hentilah ‘membawang’,” pinta Zizi yang turut memberi jawapan tegas terhadap kritikan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya sebagai selebriti penunggang agama.

 

“Senang cakap, saya bukan jenis acah-acah warak di depan tetapi di belakang mengumpat, mengata, menipu atau menzalimi orang secara senyap-senyap. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah ubah persepsi dan sentiasa berlapang dada. Jauhi diskriminasi dalam menghukum,” akhiri Zizi optimis ketika dihubungi MH.

Bertabah la Zizi ya. Bulan puasa pun jangan tak tahu ada je orang yang masih galak mengecam!

https://www.youtube.com/watch?v=kkfa7IOXuW0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI