Kontroversi yang menggemparkan media sosial melibatkan pelakon wanita, Fathia Latiff berhubung isu yang mengatakan dirinya merupakan salah seorang individu yang menunjuk asetnya kepada khalayak di dalam video yang tular ketika ini.

Terbaru Fathia ada membuat satu video live di internet dengan meminta agar orang ramai berhenti melemparkan fitnah kepadanya. Dalam video tersebut, Fathia menyatakan yang secara jujurnya dia masih lagi belajar mengenai Islam dan tuhan.

“I’m still learning abaout Islam, i’m still learning about god and i’m being honest to you guys please don’t fitnah me. It’s not right to fitnah me,” katanya dalam video tersebut.

Fathia juga berkata maafkan dia kerana terlalu emosi dalam video tersebut namun dia terpaksa jujur dengan semua orang kerana terlalu banyak khabar angin di luar sana yang mengatakan dia membuka hijabnya walhal hanya terlihat rambut sedikit sahaja.

“I’m still learning, so I hope you guys understand and I hope you guys pray for me and don’t fitnah me,” katanya lagi sambil berharap agar orang ramai memahami situasinya.

Menerusi video tersebut juga dia turut menyatakan bahawa dia faham dengan perasaan rakannya yang sering juga mengahadapi situasi yang sama dengannya.

“Saya rasa saya faham apa perasaan kawan saya, saya tak payah sebut nama lah. Dia mungkin selalu kena macam ni la, dia baru nak belajar pakai tudung and bila dapat cacian macam ni kitorang rasa lost kenapa tak ada orang nak support kitorang nak belajar from step by step so tolong jangan fitnah,” terangnya lagi dalam video tersebut.

Namun begitu siapa rakan yang dimaksudkan dalam video itu tidak pula kami ketahui kerana Fathia tidak memaklumkan siapa rakannya itu.

IKLAN

Tangisan demi tangisan daripada Fathia dapat didengari dalam video itu dan dia sangat berharap agar tiada lagi fitnah dilemparkan kepadanya lagi selepas ini.

Mari kita lihat video permohonan Fathia untuk berhenti memfitnah dirinya ini.

IKLAN

Rata-rata yang menonton video permohonan Fathia ini tidak dapat menerima kata-katanya itu.

‘Please Don’t Fitnah Me’ –  Fathia Latiff

IKLAN

‘Please Don’t Fitnah Me’ –  Fathia Latiff

‘Please Don’t Fitnah Me’ –  Fathia Latiff

Apapun, diharapkan agar orang ramai berhentilah daripada membuat spekulasi yang tidak diketahui sejauh mana kebenarannya. Buat Fathia pula teruslah menimba ilmu tentang agama dan menjadi seorang muslimah yang sejati.

Sumber: Facebook Malaysia Kini Press

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI