Kecoh pagi tadi tentang gosip yang melanda pelakon dan penyanyi Cemburu, Nabila Razali yang dikatakan sedang bermain cinta dengan pelakon Aedy Ashraf.

Ramai yang tertanya-tanya apakah status sebenar kedua-dua selebriti ini setelah gambar mesra meraka yang dikongsi oleh Nabila menjadi viral.

MH Online berjaya mendapatkan Nabila untuk bertanya lebih lanjut tentang hubungannya bersama Aedy.

Menurut Nabila, dia dan Aedy hanya berkawan sahaja dan baru berkenalan sejak sebulan yang lalu.

IKLAN

“Kami hanya kawan dan dah berkenalan dalam sebulan yang lalu. Untuk bercakap tentang cinta itu belum masanya lagi, sebab kami memang hanya kawan,” ujarnya.

Kalau kita lihat sekarang ini terlalu banyak gimik atau stratergi mempromosikan drama, di mana hero dan heroin drama kelihatan mesra bersama dan ramai yang menyangka mereka benar-benar bercinta.

MH Online cuba mendapatkan kepastian daripada Nabila adakah gambar mesranya bersama Aedy itu adalah gimik drama atau sebaliknya.

IKLAN

“Kami memang tak pernah berlakon bersama dan ternyatalah ini bukan gimik drama atau sebagainya. Dia sama seperti yang lain, saya berkawan dengan semua orang,” ujarnya sambil tersipu-sipu malu.

 

“Cuma apa yang saya boleh cakap zaman sekarang macam-macam cara kita boleh berkenalan, sosial media kan ada so boleh dikatakan kami berkenalan dari cara itu.

Penyanyi comel ini memberitahu lagi, dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi sebarang gambar di media sosial kerana bagi dirinya selama ini dia juga pernah berkongsi gambar dengan kawan-kawan lain.

IKLAN

Bagi Nabila juga, Aedy merupakan seorang lelaki yang matang, ceria dan juga protective.

“Dia seorang yang sangat gentleman, caring dan ceria seperti lelaki lain di luar sana dan ya dia ada protect saya,” ujar Nabila kepada MH Online.

Ditanya lagi, bagaimana jika Aedy membuat pengakuan tentang hubungan ini Nabila tersipu malu untuk menjawab. Tetapi Nabila sempat meminta untuk orang lain mendoakan yang baik-baik.

“Kalau Aedy mengaku saya tak tahulah nak cakap apa tapi  kalau berpanjangan Alhamdulillah. Apa yang saya boleh cakap setakat ini, doakan yang baik-baik sahaja.

MH Online harap dengan jawapan yang diberikan ini dapat menjawab persoalan yang bermain di minda. Apapun kami harap sekirannya benar ada perasaan sayang wujud antara mereka, sama-sama jaga nama baik dan janganlah melebihi batasnya. 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI