Sebuah filem aksi dari Indonesia, Zeta: When The Dead Awaken, bakal menemui penonton bermula 28 Januari depan secara eksklusif di saluran 480 Astro First dan On Demand.
Filem arahan Amanda Iswan terbitan Swan Studios itu bakal menjanjikan debaran buat peminat filem genre seram dan aksi apabila ia mengisahkan serangan zombi yang berkeliaran seterusnya mengancam keselamatan manusia.
Zeta: When The Dead Awaken ini dibintangi Cut Mini Theo yang mendukung watak sebagai Isma, Jeff Smith (Deon), Dimas Aditya (Reza), Edo Borne (Reyhan) Joshua Pandelaki (Kolonel Vito), Willem Bevers (Richard) dan ramai lagi.
Kekecohan bermula apabila Deon menyaksikan kejadian aneh ketika teman sekolahnya tiba-tiba menggigit leher pekerja sekolah dengan lagak seperti kanibal.
Terkejut atas serangan manusia seakan zombi itu, Deon lantas membawa ibunya yang menderita Alzheimer untuk bersembunyi bersama di sebuah apartemen sekaligus sedar mereka sudah pun terperangkap di dalam apartmen tersebut.
Lalu bermulalah pelbagai konflik serta adegan cemas sepanjang usaha mereka untuk menyelamatkan diri, termasuk cubaan menghubungi pihak luar bagi meminta bantuan.
Sementara itu pengarah filem berkenaan mengakui berdepan pelbagai cabaran bagi menyiapkan naskah berkenaan terutamanya dari segi masa penggambaran.
Ads
“Saya rasa aspek yang paling sukar adalah kenyataan bahawa kita harus mengambil sekitar 6-13 adegan setiap hari, kerana kita hanya mempunyai masa syuting yang pendek.
“Dua dari adegan pertempuran diambil pada hari yang sama dalam waktu sekitar 4 jam sahaja (adegan ketika Deon melepaskan gari dan melawan Reyhan; dan kemudian ketika Reyhan melepaskan borgol dan menyerang Reza).
“Tetapi di sebalik semua kesusahan, ini adalah filem pertama yang saya buat dan saya banyak belajar melaluinya,” katanya.
Pada masa sama, Amanda turut menjelaskan pemilihan pelakon dibuat atas kredibiliti pelakon yang dipilih selain keupayaan mereka untuk menggalas watak dengan baik.
Ads
“Kami memilih Cut Mini untuk bermain sebagai ibu kerana dia adalah salah seorang pelakon hebat Indonesia, dan kami percaya bahawa dia dapat memainkan ibu yang menderita Alzheimer awal dengan sempurna, walaupun Zeta adalah filem seram pertama yang dilakoninya.
“Jeff Smith (Deon) ialah pelakon yang sedang meningkat dan memiliki banyak potensi, dan juga bersikap baik, di mana dia tidak pernah mengeluh (tentang apa-apa) semasa membuat Zeta. Dimas Aditya (Reza) telah berlakon dalam banyak filem Indonesia dan kami berpendapat keperibadiannya dan pemikiran kritis sangat sesuai dengan watak Reza.
“Untuk Edo Borne (Reyhan), dia juga bertindak sebagai penjahat dalam beberapa filem dan selama proses pemilihan pelakon, kami menyukai cara dia menyampaikan dialog Reyhan, walaupun dalam kehidupan nyata Edo adalah orang yang sangat lucu wataknya.
Ads
“Empat pemeran utama adalah pelakon yang sangat baik dan saya juga gemar menonton mereka berimprovisasi semasa proses membaca skrip” katanya.
Amanda turut bertuah kerana bekerjasama dengan karyawan hebat lain di dalam mengarahkan filem zombie pertama Indonesia.
“Bukan hanya genre seram, saya fikir mengarahkan filem dalam genre mana pun adalah sesuatu yang mencabar, terutamanya jika anda merupakan director pertama kali.
“Nasib baik, saya berpeluang bekerja dengan beberapa kru filem terbaik di Indonesia,” katanya.
Amanda bagaimanapun tidak mempunyai jawapan pasti apabila ditanya sama ada mahu mengembangkan filem hebat ini menerusi sebuah sequel lain pada masa depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi ruangan kapsyen, Alyah mendoakan semoga roh abangnya dicucuri rahmat dan ditempatkan pada kalangan orang-orang yang beriman.
“Assalammualaikum semua. Abang sulung saya Mohammad Fadzil Abu Hassan sudah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.
“Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin, amin Ya Rabb,” tulisnya.
Perkongsian Alyah dengan latar foto kosong berwarna hitam itu menjelaskan dia dan keluarga kini dalam kesedihan akibat kehilangan insan tersayang pada 17 Ramadan yang juga sempena Nuzul al-Quran.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat mengucapkan takziah kepada Alyah sekeluarga dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya tidak menjalani pantang secara serius hingga menyebabkan badan sakit-sakit.
Berkongsi entri menerusi Instagram, ibu kepada tidga cahaya mata ini akui kalau diikutkan hati, dia mahu ke pejabat bagi melihat perkembangan bisnesnya.
“Best jgk berpantang ni, dilayan bak puteri oleh @natalismothercare. Sblm ni wawa tak pantang betul2, jiwa muda katakan. Rasa badan sihat jee.
“Tapi sekarang da nak masok 3 series ni kena la pantang betul2, jadi nekad utk pantang betul2 wlupun jiwa ni sbnr nya nak masok ofis da, tak keruan pikir ape jadi dgn @wawacosmeticshq skg.
“Nasib baik la aeril belum shooting lagi. Kalau tak, tak jadi lagi pantang betul2. Eh korang kena pantang betul2 tau.
“I tak jaga pantang 2 anak sblm badan cpt sakit2 ..tak sure sbb da tua or mmg sbb x jaga pantang,” tulisnya.
Wawa terdahulu melahirkan puterinya pada 1 Disember lalu dan dia sama suami, pelakon Aeril Zafrel memberi nama Ayya Soffya buat anak inspirasi nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan dua anak sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak akui terkilan apabila permohonan isterinya, Nur Afifah untuk berpindah ke sekolah yang lebih dekat telah ditolak hampir lima kali.
Susulan itu, Ajak atau nama sebenarnya Hanaffi Razak memaklumkan isteri kini sedang menerima rawatan di hospital akibat masalah tulang belakang dan salah satu puncanya adalah disebab memandu terlalu lama.
“Tolong doakan bidadari saya ni sambil dengar luahan hati Suami Cikgu. Dia sakit tulang belakang, MRI pagi tadi doktor nasihat jangan drive lama.
“Sekarang ini, jarak dia ke sekolah mengajar 152km pergi dan balik. Mohon pindah dah dua tahun lebih. Lebih 5 kali permohonan ditolak.
“Entahlah, kena pakai cable agaknya ek baru dapat. Kita adjust suruh berhenti sahaja kalau payah sangat tapi dia tak nak,” tulisnya.
Kisah itu dimaklumkan sendiri oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Ajak lagi, dia juga pernah mencadangkan agar isterinya itu berhenti berkhidmat sebagai guru namun, isterinya menolak.
“Kesiankan anak murid dia. Yelah tapi kalau mohon kalini tak dapat juga, awak berhentilah ibu. Percaya rezeki Allah.
“Lepas ni kalau sakit mc sahaja. Kalau tak larat bawak kereta berhenti je rehat tepi jalan. Kalau datang lambat ke sekolah, biar je diorang ambil tindakan.
“Yang penting jaga kesihatan. Badan awak tu saya nak pakai lama,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Ajak turut mendoakan agar urusan para guru yang sedang memohon untuk berpindah akan sentiasa dipermudahkan.
“Saya percaya ramai lagi guru yang ada masalah mohon pindah ni. Alasan ikut suami pun dia tak pandang. Kena bagi alasan ikut boyfriend baru dia lepas kot naa.
“Saya doakan guru yang dah bertahun-tahun mohon pindah dipermudahkan urusan korang semua. Ni pengalaman saya tau, ada yang lagi dahsyat,” akhirinya.
Sekadar informasi , Ajak dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 Jun 2009.
Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.