Baru-baru ini, model dan pelakon Janna Nick ada memuat naik sebuah video yang memaparkan dia meluahkan rasa kesalnya kepada mereka yang bergelar lelaki kerana tidak berjaya memujuk dan ‘mencairkan’ hati perempuan.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian ramai termasuk Instafamous, Noreen dengan nada seakan-akan ‘berperang’.
Tidak hanya berdiam diri, Janna juga telah bersuara dan memberikan respon kepada Instafamous
Lantas, Noreen membalas semula kenyataan Janna itu.
Terdahulu, video yang dimuat naik Janna telah mendapat hampir setengah juta tontonan.
Perkahwinan dua benua antara pasangan selebriti, Priyanka Chopra dan Nick Jonas masih lagi hangat diperkatakan.
Apatah lagi, pasangan tersebut memuat naik pula foto-foto perkahwinan mereka baik di India mahupun di Amerika Syarikat.
Namun begitu, MH ingin mengimbau kembali saat kemenangan Priyanka sewakti dinobatkan sebagai Miss World pada tahun 2000 lalu.
Dia yang ketika itu berusia 18 tahun serta merupakan pemenang kelima anugerah berprestij itu untuk kali kedua berturut-turut.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan suaminya, Nick Jonas yang ketika itu berumur 8 tahun dan baru setahun memulakan karier berlakon di teater. Dia kemudiannya debut sebagai penyanyi pada tahun 2002.
Namun begitu, lihatlah pasangan itu sekarang, walaupun berbeza 10 tahun jauhnya, kedua-duanya kelihatan sama cantik dan sama pada di dalam foto perkahwinan mereka yang dikongsi baru-baru ini.
Berikutan itu, kelihatan ramai ‘haters’ yang meninggalkan komen kejam mengutuk tubuh dan berat penyanyi lagu Heart Attack itu.
Tidak tahan membaca komen tersebut, kakak Demi, Dallas segera membalas kesemua komen jahat netizen itu.
“Korang tau apa? Ini saya nak cakap pada semua tabloid di luar sana yang memanggil adik saya gemuk, pergi matilah sebab dia adalah wanita yang paling cantik kuat dan menakjubkan saya pernah jumpa.
“Maaflah sebab adik saya cantik, masih hidup dah masih berupaya melawan kesemua dugaan hidup ini,” tulisnya bangga.
Selain Demi, MH juga ingin berkongsi 5 selebriti lain yang harus berdepan dengan isu ‘body-shaming’ ini dan kesemua mereka membalas semula kata-kata kejian netizen itu.
1. Selena Gomez
Penyanyi lagu Same Old Love pernah dikutuk apabila muat naik foto memakai baju renang. Dia kemudiannya membalas semula mengatakan dia ‘gembira menjadi diri sendiri’.
2. Tyra Banks
Sebuah akhbar tabloid mengkritik tubuh badan Tyra membuatkan supermodel itu membalas dengan memberikan kenyataan ‘kiss my fat ass’ di live TV.
3. Serena William
Pernah dikutuk mengatakan tubuh badannya kelihatan seperti lelaki. Susulan itu, rakan selebriti, J.K Rowling muat naik foto pemain tenis itu berpakain sungguh cantik sekali dalam sebuah dress berwarna merah.
4. Emma Stone
“Makan sandwich je, kamu nampak macam sakin,” berikut merupakan komen-komen jahat netizen kepada pelakon filem La La Land ini. Namun, itu semua tidak terkesan kepada Emma malah mengajak orang ramai agar tidak berkelakuan sedemikian.
5. Jennifer Lawrence
“Kalau ada sesiapa yang berbisik perkataan ‘diet’ pada saya, saya akan cakap pergi matilah,” katanya tegas terutama kepada mereka yang sering mengkritik tubuh badannya.
Foto/Instagram: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.