Status Dewi Remaja 2009/10 yang disandang Noor Neelofa Mohd Noor nyata memberi 1001 makna tersendiri buat bintang kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

Sejak itulah, Neelofa giat mengorak langkah dalam dunia glamor, lalu membuka ruang buatnya untuk mengembangkan status dan pesonanya hingga ke luar negara.

Menyifatkan jenama Dewi Remaja itu sendiri sangat dekat di hatinya, Neelofa ada memberikan pesanan bust kesemua peserta Dewi Remaja edisi terkini, 2018 / 2019.

“Saya pernah berada di tempat mereka satu ketika dahulu. Baru-baru ini, saya berjumpa dengan finalis Dewi Remaja yang terbaru di dalam program MeleTOP.

“Jadi ada kesempatan untuk temu bual dan bertanya sedikit sebanyak mengenai pengalaman mereka juga.

IKLAN

“Bagaimanapun, ada antara mereka yang mempunyai aura dan ‘x factor’ yang dicari untuk merebut gelaran Dewi Remaja.

“Ada peserta yang mula menonjolkan ciri-ciri Dewi Remaja yang sebenar. Tetapi itu semua berbalik kepada diri mereka sendiri.

“Mereka harus tahu bagaimana caranya untuk membawa diri. Apa yang penting, mereka kena menjadi diri sendiri dan menanam keyakinan yang mendalam,” ujar Neelofa kepada MH.

IKLAN

Tambah pelakon drama bersiri Red Velvet ini, dia menghadapi cabaran yang sama ketika mula menyertai Dewi Remaja satu ketika dahulu.

“Mereka harus ‘stay true’ dengan diri sendiri. Sayangi diri  terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai perkara lain.

“Sejujurnya, apa yang saya hadapi dahulu ketika menyertai Dewi Remaja berkaitan dengan perkara yang saya sebutkan tadi. Insya-Allah, segalanya akan dipermudahkan. Cuma pada zaman ini, mereka bertuah kerana mempuyai kuasa media sosial yang sangat besar.

IKLAN

“Lalu mereka boleh gunakan kelebihan yang ada untuk mempromosikan diri,” terang Lofa ketika ditemui di majlis makan tengahari bersamanya di ibu negara, awal hari ini.

Bagi korang yang mengikuti program Dewi Remaja sejak dulu, jangan lupa untuk menonton program realitinya yang dihoskan olsh oleh Scha Alyahya, Dewi Remaja 2018/2019 yang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123).

Siri tersebut sudah pun mulai bersiaran sejak 25 November lalu.

Foto: Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI