Berpeluang berjumpa dengan bintang Youtuber, Syahmi Sazli, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew gembira apabila pertemuan mereka diaturkan Allah. 

Turut sama dalam sesi berkenaan ialah pelakon utama dalam siri Drama Spontan, Asif dan Yoe Parey.

Ebit memuji sikap ketiga-tiga pemuda itu yang berakhlak mulia dan kagum dengan kejayaan mereka yang disifatkan boleh memberi insiprasi buat golongan muda. 

“Sebak semalam walau dah dekat 12malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik.

“Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya. Rajin. Subhanallah.

“Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif,yoe dll. Baik sangat adik-adik ni.

“Rendah diri baik dan banyak minta nasihat. Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah.

IKLAN

“Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana. Subhanallah.

“Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur.

“Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengeluh dan putus asa,” tulisnya. 

 Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi cerita mengenai kisahnya bersama arwah ibu.

Sekali gus, ia telah menitiskan air mata ketiga-tiga pemuda berkenaan kerana sebak dengan cerita yang disampaikan Ebit. 

IKLAN

“Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone.

“Semalam pun masa cerita mak. Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam.

“Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar. Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini.

“Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah.

IKLAN

“Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” akhiri Ebit.

View this post on Instagram

Sebak semalam walau dah dekat 12malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik. Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya. Rajin. Subhanallah. Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif,yoe dll. Baik sangat adik-adik ni. Rendah diri baik dan banyak minta nasihat. Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah. Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana. Subhanallah. Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur. Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengeluh dan putus asa . Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone. Semalam pun masa cerita mak. Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam . Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar. Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini. Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah . Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew #fullVideo #youtubeEbitLew #keluargasunnahPerbaikiDiriKL #maepsSerdangSelangor #transformjiwa.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Mengadakan pertemuan di sebuah kedai makan, Ebit turut dilihat saling menyuap makanan kepada Yoe dan Asif.

Terdahulu, Ebit baru sahaja selesai mengadakan ceramah di Kolej Matrikulasi Kelantan. 

Video : Instagram Ustaz Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI