Sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menganugerahkan YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1).

Perkhabaran gembira ini dikongsikan menerusi laman Instagram rasmi Sultan Ibrahim.

Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah yang juga suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.

YM CHE’ PUAN KHALEEDA, ENCIK DENNIS MUHAMMAD DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR.

YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam yang juga isteri DYAM Tunku Mahkota Johor dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1) sempena Istiadat Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini.

IKLAN

Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah yang juga suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.

Berangkat sama pada majlis penganugerahan darjah dan pingat yang berlangsung di Dewan Singgahsana Istana Besar ialah DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda.

Baginda Tuanku Sultan turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) membawa gelaran Dato’ kepada lima penerima.

IKLAN

Antara penerima itu ialah Setiausaha Sulit Baginda, Jaba Mohd Noah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Dr. Badrul Hisham Kassim.

Seramai 30 individu menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) antaranya Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd Aziz, manakala seramai 19 individu menerima Pingat Kerana Lama dan Baik dalam Pekerjaan (PLP).

IKLAN

Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Kedua (PSI II) pula dianugerahkan kepada seramai 115 individu, manakala Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Ketiga (PSI III) seramai 15 individu.”

View this post on Instagram

YM CHE’ PUAN KHALEEDA, ENCIK DENNIS MUHAMMAD DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam yang juga isteri DYAM Tunku Mahkota Johor dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1) sempena Istiadat Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini. . Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah yang juga suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim. . Berangkat sama pada majlis penganugerahan darjah dan pingat yang berlangsung di Dewan Singgahsana Istana Besar ialah DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda. . Baginda Tuanku Sultan turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) membawa gelaran Dato’ kepada lima penerima. . Antara penerima itu ialah Setiausaha Sulit Baginda, Jaba Mohd Noah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Dr. Badrul Hisham Kassim. . Seramai 30 individu menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) antaranya Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd Aziz, manakala seramai 19 individu menerima Pingat Kerana Lama dan Baik dalam Pekerjaan (PLP). . Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Kedua (PSI II) pula dianugerahkan kepada seramai 115 individu, manakala Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Ketiga (PSI III) seramai 15 individu. #sultanjohor #royalpressoffice #johor

A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

Tahniah MH ucapkan buat semua dan selamat menyambut Hari Keputeraan buat Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Foto – Instagram Sultan Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI