“Yang Percaya Ni Kencing Setan, Ikut Suka Kome La,” – Jinggo & Keluarga Selesai Ambil Vaksin Dos Ke-3, Sifatkan Mati Itu Pasti

Sejak Oktober lalu, pihak kerajaan telah pun bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 atau dos penggalak, dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan.

Terbaru, pengarah dan penerbit, Jinggo memaklumkan dia sekeluarga telah pun selesai menerima dos penggalak atau booster dose pada Isnin.

Menurut Jinggo atau lebih mesra disapa sebagai Tok Sidang, pengambilan dos ketiga ini merupakan ikhtiarnya buat keluarganya bagi memperkuatkan antibodi bagi melawan pandemik Covid-19.

“Assalamualaikum Malaya, Monday blues Geng Tok Sidang di mane saja kome berade. Alhamdulillah, hari ini family Tok Sidang amek vaksin yang ke 3, kate deme booster.

“Ambil tak dosa, tak amek pon tak ape. Ikut suke komer. Takkan dipaksa. Ada orang tanya, kalau dah ambil vaksin tak boleh kena covid ke? Jawapannya boleh cuma risikonya kurang la.

IKLAN

“Ulamak pun wafat bila tiba masa. Walau dah complete vaccinated. Sebab mati tu pasti. Bukan Tok Sidang kata, dalam Islam itulah hakikatnya,” tulisnya

Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon dan pengabaian, Sheila Rusli itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Jinggo turut meluahkan rasa hairan buat mereka yang enggan percaya akan keberkesanan vaksin malah lebih terut ada juga yang melabelkan vaksin ini sebagai ‘kencing setan’

“Bagi deme yang percaya vaksin ni kencing setan, takpe ler. Mana muatnya. Ikut suka komer la. Sampei sekarang tak boleh teman nak bayangkan mane rhope setan tu ngencing, saper lak menadahnye.

“Tentu ramei menadahnye. Ate udoh banyok benor ayor kencing setan tu yek! Jangan maroh Tok Sidang berguro je,” selorohnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi perasaan teruja untuk turut sama menerima dos penggalak dalam masa yang terdekat.

“Tahniah, esok kami pun nak ambil booster.

“Syabas Tok Sidang. Miga Allah melindungi Tok Sidang sekeluarga. Ameen.

IKLAN

“Stay safe dan banyakkan minum air.

“Terbaiklah Tok Sidang. Kita geng booster. Take care Tok Sidang. Syafakallah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, suntikan dos ketiga ini sememangnya digalakkan terutamanya bagi golongan tertentu yang berisiko tinggi.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu paksaan dan terpulang kepada kehendak individu itu sendiri.

Sumber: Instagram Jinggo & Sheila Rusli