Penyampai radio, Issey Fazlisham memaklumkan dirinya telah disahkan positif jangkitan Covid-19, pada 6 November lalu.

Issey berkongsi khabar itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram milikya, pada Selasa.

“Mujur Juga Aku Lengkap Dua Dos Vaksin,” – Tidak Alami Sebarang Gejala, Issey Fazlisham Positif Covid-19 “Mujur Juga Aku Lengkap Dua Dos Vaksin,” – Tidak Alami Sebarang Gejala, Issey Fazlisham Positif Covid-19

Setelah 10 hari menjalani tempoh kuarantin, Issey berkata dirinya kini sudah bebas daripada jangkitan wabak tersebut.

Menurut Issey, diriya tidak mengalami sebarang gelaja atau simptom sebelum mahupun selepas disahkan positif virus berkenaan.

“Mujur Juga Aku Lengkap Dua Dos Vaksin,” – Tidak Alami Sebarang Gejala, Issey Fazlisham Positif Covid-19 “Mujur Juga Aku Lengkap Dua Dos Vaksin,” – Tidak Alami Sebarang Gejala, Issey Fazlisham Positif Covid-19

IKLAN

“Ini cerita 10 hari yang lepas, tarikhnya cantik 6 hari bulan sebelas aku merupakan salah seorang yang diuji dan tidak terlepas.

“Aku Fazlisham bin Mat Hussin positif Covid-19, minggu itu minggu yang penuh dengan tanda tanya virus yang aku sendiri tidak tahu datang dari manaz

“Dengan tak demam, tak bergejala, tak selsema tapi kalau dah takdirnya nak kena ia tetap akan kena.

“Tengah sibuk cari rezeki, terduduk juga bila aku tahu aku ni positif, tak boleh nak salahkan siapa-siapa kerana hal ini sangat sensitif,” katanya.

IKLAN

“Mujur Juga Aku Lengkap Dua Dos Vaksin,” – Tidak Alami Sebarang Gejala, Issey Fazlisham Positif Covid-19

“Mujur Juga Aku Lengkap Dua Dos Vaksin,” – Tidak Alami Sebarang Gejala, Issey Fazlisham Positif Covid-19

Dalam pada itu, Issey meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya terselamat daripada menjadi mangsa wabak penyakit merbahaya itu.

Selain itu, Issey berharap kepada orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 agar dapat melindungi keselamatan dan kesihatan orang sekeliling.

IKLAN

“Tapi syukur alhamdulillah, anak bini sekeliling aku semua negatif. Mujur juga aku lengkap dua dos vaksin boleh lawan Covid supaya tak jangkitkan orang sekeliling.

“Jadi kepada sesiapa yang belum cucuk vaksin, tolonglah cucuk sebab banyak kebaikan dari keburukan supaya kita boleh hidup harmoni.

“Allah masih bagi peluang, dugaan untuk aku lawan dan berjuang walaupun hari ini aku dah selamat potong gelang tapi banyak pengajaran untuk kita semua pada masa akan datang,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Foto: Instagram Issey Fazlisham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI