Keberadaan selebriti popular, Neelofa di majlis Malam Cahaya Rasulullah 2021/1443H yang dibawakan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa di Bizmilla Grand Place, One City Subang baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Ini kerana, figura terkininya yang seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ nyata mengundang reaksi teruja dan gembira khasnya di kalangan para peminatnya.

Tampil sopan mengenakan persalinan jubah abaya dalam rona biru cair pada majlis rohani itu, penampilan bekas hos program MeleTop itu kekal memukau pandangan.

Menerusi satu video yang kembali dimuat naik menerusi akaun Instagtam @lofa.page, rakaman kandid Neelofa yang berdiri di samping salah seorang ahli keluarganya mendapat reaksi baik wargamaya.

“Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik “Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik “Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

Rata-ratanya memuji dan tak kurang yang menitipkan doa buat isteri kepada Haris Ismail (PU Riz) itu.

Ini antara komen yang ditinggalkan;

“Semoga dalam lindungan Allah.”

IKLAN

“Semoga always dalam lindungan dan rahmat Allah SWT ya rabb.”

“Sweet of you #momtobe.”

“Alhamdulillah syukur, moga dipermudahkan urusan Neelofa.”

“Bila dah nampak nyata, tetiba air mata syukur akak mengalir. Syukur alhamdulillah semoga yang baik-baik saja dan sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah SWT.”

“MasyaAllah macam dah nampak baby bump tu. Doa yang baik-baik.”

IKLAN

“Comel je. Selawat untuk baby sekali.”

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tontonan.

“Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik “Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik“Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik

Terdahulu, menyentuh mengenai dakwaan sedang hamil anak sulung, Neelofa, 32, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi media berkata, berita kelahiran cahaya mata lebih baik dihebahkan berbanding kehamilan.  

IKLAN

“Kalau saya boleh berkongsi mengenai bab kehamilan atau mendapat cahaya mata ni kan, kita lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan. Saya nak cakap lebih pun takut.

“Saya perlukan doa yang baik, kata-kata yang positif. Perkara ini sangat sensitif, ada sesetengah orang anggap ia biasa, orang lain pula ia sensitif. Jadi kalau yang nampak saya berbeza tu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah. 

“Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik “Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik “Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik

“Kita lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan. Itu lebih baik. Apa saja boleh terjadi sepanjang proses ini.

“Jadi itu adalah sebabnya saya lebih suka memohon doa yang baik-baik jika ada orang tanya atau terjumpa saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memeterai Memorabdum Persefahaman (MoU) antara TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) dan aplikasi TheNoor sebelum ini.

Neelofa dan Haris melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Foto: Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI