HomeBeritaShazani Zainal Tak Fikir Lagi Nak Sambung Belajar, Cadang Aktif Seni Dulu…...
Shazani Zainal Tak Fikir Lagi Nak Sambung Belajar, Cadang Aktif Seni Dulu… “Tak Mahu Momentum Yang Telah Saya Bina Di Hero Remaja Berakhir Begitu Saja.”
Penerima Anugerah Hero Favourite pada malam kemuncak Hero Remaja 2021, Shazani Zainal, 19 akui dia berpuas hati dengan prestasi serta perjalannya sepanjang menyertai pencarian pelapis baharu itu.
Meski tersingkir pada episod separuh akhir, namun peserta paling muda ini optimis mengharapkan yang terbaik sejurus persaingan selesai.
“Saya berpuas hati dengan segala keputusan juri meskipun tersingkir di peringkat separuh akhir. Persembahan para finalis lain sememangnya lebih baik berbanding saya.
“Sebenarnya, saya sendiri tidak menjangkakan yang saya akan bertahan sehingga minggu separuh akhir. Pada mulanya saya merasakan yang saya bakal tersingkir di episod pertengahan.
“Maklumlah saya peserta paling muda. Pengalaman pun tak banyak. Berada di episod semi-final pun saya dah bersyukur sangat. Saya reda dengan keputusan pihak juri,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Shazani turut memaklumkan dia belum bercadang untuk menyambung semula pengajiannya dalam bidang Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus, Rembau kerana mahu beri fokus terhadap progres kariernya sebagai pendatang baru di dalam industri seni tanah air.
“Perancangan saya selepas ini adalah untuk terus fokus terhadap kerjaya di dalam industri seni. Bagaimanapun, saya akan tetap menyambung pengajian saya yang tertangguh cuma waktunya bukan sekarang.
“Saya tidak mahu momentum yang telah saya bina sepanjang berada di program Hero Remaja 2021 ini menurun dan berakhir begitu sahaja. Saya akan ‘masuk’ dahulu ke dalam cabang seni dan akan rancang bila saya akan menyambung pengajian selepas ini,” ujarnya lagi.
Ads
Jejaka asal Selangor ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Finale Hero Remaja 2021 yang berlangsung di pejabat Nu Ideaktif, Shah Alam baru-baru ini.
Ditanya mengenai soal fizikal menjadi kelebihan buat dirinya untuk bersaing dengan para pelakon lain, Shazani menjelaskan ia sesuatu yang subjektif.
“Saya tak pasti sama ada hal rupa paras ini akan menjadi kelebihan atau sebaliknya. Soal rupa dan wajah ini sebenarnya sangat subjektif. Segalanya bergantung kepada rezeki juga.
Ads
“Terpulang kepada pengarah atau team produksi di luar sana untuk menilai mengenai pelakon yang mereka inginkan.
“Saya ingin masuk ke dalam dunia industri ini dengan segala bakat yang saya ada dan bukan hanya kerana rupa semata-mata,” akhirinya.
Terdahulu, Shazani telah mendapat undian tertinggi daripada peminat seterusnya menewaskan 11 peserta yang lain.
Pada malam finale tersebut, finalis Mierul Aiman telah diumumkan sebagai juara makanala Aqil Taqeeudin pula ditempat kedua.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Neelofa memilih untuk memaafkan individu dikenali sebagai Syamira Safiya yang didakwa telah membuat fitnah terhadapnya di laman Twitter dan laman sosial lain pada 26 Disember lalu hingga mencetuskan tular.
Menerusi salah satu hantaran di Instagram Story pada Ahad, hos dan usahawan tersebut berkongsi kenyataan tersebut dengan disertakan tangkap layar artikel permohonan maaf dibuat Syamira, baru-baru ini.
Tulis Neelofa, dia dengan ikhlas memaafkan individu tersebut selain turut memberikan nasihat.
“Adik, you are still so young, baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat.
“Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu,” tulisnya.
Sebelum ini, Syamira ada berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej perbualan di aplikasi WhatsApp dengan antara lain mendakwa, Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz sudah berkahwin di Kelantan, Neelofa membuat pemindahan wang ke akaun Riz serta terkena minyak pengasih.
Gadis berkenaan kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitter yang menjelaskan dia tidak ada niat jahat ketika muat naik ciapan berkenaan.
Terdahulu, Neelofa menerusi satu kenyataan media menafikan semua tuduhan sebagaimana yang didakwa.
Penafian tersebut turut dikongsikan figura terkenal itu menerusi video di Instagram yang sehingga kini sudah pun ditonton lebih 3 juta kali beserta dengan ribuan komen.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang media sosial, Farah Lee menerusi posting terkininya di Instagram nyata mencuri perhatian para peminatnya.
Ibu tunggal ini berkongsi foto dia bersama bekas suami, hos Ally Iskandar yang turut hadir bagi meraikan Syawal bersama anak mereka, Maream Isabell, 5 tahun.
“Glad that you able to enjoy your Raya with both omma & daddy this year (even only half of raya night and half of first raya)
Thanks daddy for coming over.!
“It hurts as you grew bigger,
you noticed your family at home is two,
but others are more than you do. Then you started comparing, asking “Why I don’t have daddy staying with me like others do”,tulisnya.
Malah, Farah turut berharap agar dia masih mampu menjadi ibu terbaik buat puteri tunggalnya itu.
“It hurts when there’s nothing left I can give. I’m sorry Maream, I’m sorry. I know I failed to save the place we used to call home.
“I just hope, I don’t fail being a mom too.
So this is the best I can do, for you. I just love you so much, and I really do,” kongsi Farah lagi.
Lalu menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji hubungan yang kekal baik meski sudah pun berpisah dan ada yang memaklumkan anak kecil itu akan faham mengenai apa yang berlaku, suatu hari nanti.
Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Foto; Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terkejut menerima mesej berkenaan, Adam atau nama nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah tetap sabar dan menganggap bahawa itu antara ujian dan cabarannya sebagai seorang muaalaf .
“Antara cabaran selepas saya syahadah.. penerimaan masyarakat terhadap saya.
Ini adalah salah seorang si folan terbaru yang saya tidak kenali yang DM saya.
“Itulah cabaran “muallaf” seperti saya. biarlah mereka menyerang kita. Saya doakan mereka diberikan taufik & hidayah. mungkin saya belum cukup sampaikan dakwah kepada mereka yang membenci Islam. .
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu – hujurat :13
“Saya selalu teringat kisah Rasulullah SAW di baling batu oleh masyarkat Thoif. Rasulullah SAW tak marah mereka malah memdoakan kesejahtaraan utk mereka,” luah Adam di ruangan kapsyen.
Foto : Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aprena Manrose akhirnya tampil mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Mohd. Afiq Hazman, sekali gus menamatkan segala teka-teki dan spekulasi yang bertebaran sebelum...