Penantian rakyat Malaysia mengenai siapa Perdana Menteri ke-10 akhirnya terjawab selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi menerajui tampuk pemerintahan baharu negara.

Sebaik diumumkan pada tengah hari Khamis, anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkongsi dedikasi di atas pelantikan bapanya.

“I love you Papa, I am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.

“Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InsyaAllah,” tulis Izzah menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

Menerusi entri itu juga, Izzah menjelaskan meski sudah beroleh kemenangan, pelbagai cabaran dan dugaan mendatang yang bakal dihadapi bapanya demi membangunkan negara daripada pelbagai aspek termasuk ekonomi serta kemasukan pelabur luar ke Malaysia.

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

IKLAN

“Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

IKLAN

“Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat sumpah, usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,” tulis Izzah lagi.

Anwar dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada jam 5 petang, Khamis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI