Penyanyi, penulis lagu dan penerbit, Yaph akui lebih selesa dengan penampilan misteri tanpa mendedahkan wajahnya kepada umum.
Menurut Yaph yang juga kata singkatan kepada ‘Yang Aku Panggil Hidup’, dia mahu orang ramai lebih menghargai karya muziknya berbanding identitinya sebagai seorang anak seni.
“Saya mula menceburi bidang muzik pada 2017. Pada ketika itu, saya memang tidak muncul di mana-mana dan hanya mempertaruhkan muzik saya sahaja.
“Bila saya ingin mengadakan konsert sulung, barulah saya tampil dengan imej wajah yang tidak didedahkan.
“Saya ingin membuktikan bahawa muzik ini boleh ke hadapan tanpa kita menunjukkan wajah atau menonjolkan diri.
“Ini bukan satu strategi pemasaran, memang saya lebih selesa berpenampilan sebegini,” katanya.
Yaph berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konset Yaph Danial Teman-Teman yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, penyanyi lagu Rehat Dan Rawat ini juga marakamkan penghargaan kepada peminat kerana menghormati identiti dan pendiriannya itu.
Ads
“Saya juga ingin tampil berbeza dengan penyanyi yang lain. Saya nak orang lebih menghargai karya seni saya.
“Setakat ini, semua peminat menghormati keputusan dan penampilan saya. Sama ada saya muncul atau tidak di khalayak, mereka masih nak dengar muzik saya.
“Saya juga nak menarik perhatian orang luar untuk turut mana meminati muzik saya. Bagi yang mengkritik, saya tidak mahu ambil tahu,” ulasnya lagi.
Jelasnya lagi, kebanyakkan muzik-muzik dihasilkannya lebih tertumpu kepada pengisian jiwa.
“Saya bermula dengan muzik Hip Hop tapi minat saya lebih kepada soul atau pengisian jiwa. Saya mahu hasilkan lagu-lagu penuh makna.
Ads
“Namun, saya juga ingin mencuba semua genre muzik tapi setakat ini fokus saya pada hip hop dulu,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Yaph berkata meskipun dengan penampilan penuh misteri, dia yakin dapat menarik peminat ke konsert ketiganya bertempat di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor pada 26 Oktober depan.
Berpengalaman menjayakan konsert solo sebanyak dua kali, penyanyi, Yaph berkata konsert yang dianjurkan oleh Silent Set Entertainment itu akan menyaksikan lebih dari 20 artis yang pernah berkolaborasi bersama Yaph sebelum ini.
“Dua tahun kebelakangan ini saya sudah mengadakan dua konsert solo termasuk beberapa konsert jelajah di beberapa negeri dan alhamdulillah kesemuanya ‘full house’ dan kira-kira lebih 3,000 pengunjung hadir pada kesemua konsert.
Ads
“Kali ini saya ingin bawakan teman-teman seperjuangan saya dalam menghasilkan muzik yang sudah melebihi tujuh tahun ke konsert saya sebagai tanda menghargai mereka selain mewar-warkan kepada penyokong saya yang hadir pada malam itu, mereka inilah antara peneman perjalanan muzik saya,” katanya.
Katanya lagi. konsertnya itu juga akan menerapkan elemen tradisional bersama hip hop sebagai satu keunikan konsertnya.
“Konsert ini menjanjikan lebih dari 27 lagu yang menggabungkan irama hiphop moden dengan sentuhan muzik tradisional Malaysia.
“Setiap lagu dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman muzik yang luar biasa, menghidupkan semula warisan budaya yang kaya dengan elemen-elemen kontemporari yang segar,” katanya yang turut mengakui konsertnya juga menerima dana daripada Kementerian Komunikasi Malaysia dan MyCreative Venture Sdn Bhd.
Tiket sudah pun mula dijual bermula pada harga RM99 (Hening Malam), RM149 (Merayu Senja) dan RM249 (Menjelang Siang).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Achey berang dengan kenyataan sepasang suami isteri yang memilih untuk tidak mahu mempunyai cahaya mata kerana menganggap komitmen anak itu sangat besar dari segi ekonomi dan masa.
Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, kenyataan seperti itu sememangnya amat menyedihkan memandangkan anak itu merupakan kurniaan daripada Allah SWT.
Mak nenek moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan kenyataan ini. Pewaris dan penyeri dalam hidup tu adik oi.
“Kerjaya awak tak boleh masuk kubur. Doa anak yang boleh tembus. Yang suami pun aku kalau depan-depan aku jack je ni,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak Bocey itu menerusi satu hantaran di Instagram.
Jelas Acey lagi, meskipun keputusan untuk mempunyai zuriat merupakan pilihan individu namun, dia kurang selesa bila ada pihak yang cuba untuk menanam fahaman bahawa anak itu merupakan beban buat pasangan suami isteri.
“Aku bab anak ni memang tak bolehlah. Banyak lagi nak cakap ni tapi keputusan tu hak korang.
“Cuma aku tak suka kenyataan kau racun pemikiran orang lain tu. Kau videokan pula. Kau ni karang,” ujarnya lagi.
Pandangan sama turut disuarakan oleh rakan artis Siti Elizad yang menganggap pasangan tersebut seperti tidak mempercayai rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT.
“Bila manusia tak percayakan rezeki yang tertulis. Dia tahu tak betapa mencabarnya kami para TTC ini. Nak dapat seorang pun susah.
“Siap sudah sediakan bilik dan katil dua tingkat. Berangan nak anak ramai. Emosi aku bila orang cakap hal ni.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Achey itu telah meraih lebih 1.4 juta tontonan.
Sekadar informasi, Terdahulu, Achey mendirikan rumah tangga dengan isteri Nur Hasanah Yahya pada 2011.
Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Isteri Achey pernah menjalani prosedur proses persenyawaan in-vitro (IVF) pada 2022 tapi tidak berjaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Eyka Farhana agak kurang bersetuju dengan pandangan segelintir pihak yang merasakan perkongsian gambar-gambar dan momen-momen sewaktu di Tanah Suci, Mekah sebagai satu hal yang tidak wajar.
Menurut Eyka, dia memuat naik foto-foto berkenaan untuk berkongsi kepada umum tentang keindahan bumi Mekah dan Madinah serta mengajak yang lain untuk turut sama menjadi tetamu Allah.
“Ada yang kata, kalau pergi ke tanah suci tak perlu nak berkongsi sangat di media sosial, ‘be low profile’ dan jangan lah asyik bergambar sahaja.
“Ya Allah, kenapa tak boleh nak post kalau untuk nak tunjuk yang betapa indahnya Tanah Suci (Mekah).
“Kalau kita travel ke negara lain habis 10 kali post tak ada masalah, niat kita hanyalah untuk tunjuk yang sangat indah bumi Mekah dan Madinah.
“Dalam masa yang sama dapat juga sedikit sebanyak ajak yang lain atau buat yang lain nak ke sini (dengan izinya),” tulisnya.
Padangan itu dikongsikan oleh pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi Thread.
Pada masa sama, Eyka turut tampil memberikan reaksinya bila ada yang berpandangan perkongsian di media sosial ini seolah-olah menggangu ibadah ketika di Tanah Suci.
“Tapi itu kan niat dalam hati kita. Kalau niat kita baik untuk tunjuk betapa cantik dan indahnya untuk kita ke sana dan tempat paling tenang untuk ibadah dan juga tak akan menganggu ibadah kita, In Sha Allah okay sis.
“Mungkin cara fikiran orang lain-lain. Kita pun tahu juga mana yang patutnya ambil mana yang tidak. Tidaklah 24 jam telefon di tangan,” ujarnya lagi.
Ketika ini, Eyka kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama adiknya dan juga selebriti terkenal, Bella Astillah.
Malah, Eyka juga dilihat berkongsi beberapa hantaran di Instagram sewaktu menziarahi tempat-tempat menarik di Tanah Suci.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Thread Eyka Farhana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi bersuara merdu yang terkenal pada era kegemilangan filem Melayu di Singapura, Nona Asiah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 30 Julai 2024.
Menurut laporan media tempatan, berita tersebut disahkan sendiri oleh anaknya, Indra Shahril Ismail.
Meninggal dunia pada usia 94 tahun di Hospital Besar Changi, Singapura, Nona Asiah terlebih dahulu dimasukkan ke hospital sejak dua bulan lalu akibat masalah buah pingang jantung dan hati.
Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan komplikasi penyakit-penyakit tersebut. Pengebumiannya akan dijalankan esok, Rabu, 31 Julai 2024.
Nona Asiah atau nama sebenarnya Asiah Aman dilahirkan pada tahun 1928, terkenal dengan lagu-lagu seperti Jikalau Abang Merindu, Manusia Miskin Kaya dan Dunia Asmara.
Bakat seni Nona Asiah mekar sejak menjadi penyanyi latar untuk filem keluaran Shaw Brothers (MFP) dan Cathay Keris Malay Films.
Suaranya pernah ‘dipinjamkan’ kepada beberapa pelakon hebat era tersebut seperti Siput Sarawak, Kasma Booty dan Zaiton.
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini bersara daripada membuat persembahan pada 1970-an.
Dia kemudiannya menjadi jurulatih vokal dengan Bengkel Kanak-Kanak di mana dia bekerja dengan ramai bakat yang muncul dalam siri TV kanak-kanak klasik 1980-an, Aksi Mat Yoyo.
Allahyarhamah merupakan nenek kepada pelakon, Imam Shah yang merupakan suami kepada Hannah Delisha.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.