Memasuki penghujung bulan Disember, ramai diantara kita yang mengambil kesempatan cuti panjang tersebut untuk bercuti mahu pun pulang ke kampung halaman.
Itu yang dilakukan oleh, penyanyi, Ameer Forteen apabila memutuskan untuk membawa keluarganya pulang ke kampung di Kota Bharu, Kelantan.
Atas rasa tanggungjawab dan perihatin, Ameer telah pun menjalankan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak tersebut.
“Alhamdulillah selamat sampai di Kota Bharu, demi menjaga keluarga di kampung kena patuh SOP.
Ads
“Result pun Alhamdulillah negative. Pada korang yang balik kampung dari redzone tu buatla swab test dulu ya,” kongsinya.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut menyeru kepada orang ramai supaya melakukan perkara yang sama sebagai langkah berhati-hati.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan agar perjalanan Ameer dan keluarganya akan dipermudahkan.
Terdahulu, Ameer telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar pada 1 Mac 2019 dan pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya sulung yang diberi nama Noah Eusoff yang lahir pada tanggal 14 Mac lalu.
Sumber: Instagram Ameer Forteen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Afif Tirmizie kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul Maaf yang menjadi perantara dalam meneruskan legasinya dalam industri seni tempatan.
Untuk pengetahuan, Maaf menjadi runut bunyi dalam drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang dan bagaikan dengan plot cerita drama itu sendiri, begitulah corak penyampaian penyanyi berusia 34 tahun ini dalam lagu ini yang menyentuh soal kemaafan.
Berbekalkan lirik penuh emosi, mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai setiap manusia biasa pasti melakukan kesilapan. Bezanya, adakah kita sang pendosa sedia untuk meminta keampunan dari lubuk hati?
“Cerita dalam Maaf adalah berkenaan situasi tengah seseorang yang bersalah, tengah berdosa, tak kisah kepada siapa, kepada kekasih, isteri, ibu bapa, atau orang tersayang.
“Tapi daripada perspektif saya, si lelaki meminta maaf kepada kekasihnya disebabkan sudah berulang kali melakukan kesilapan.
“Mesej yang ingin saya sampaikan adalah sesetengah orang sukar untuk mengucap kata maaf meskipun memang tahu dirinya bersalah. Tapi dalam apa jua keadaan, sebaiknya mohonlah kemaafan itu untuk berbaik.
“Setiap manusia melakukan kesilapan tapi minta-maaflah bagi menjernihkan sesuatu perhubungan,” katanya.
Menyentuh proses pembikinan lagu ini pula, Afif mengakui kekangan terbesar datang dalam segi masa selepas produksi drama terbabit menghubunginya.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana hasil akhirnya dapat disiapkan pada tahap yang memuaskan.
“Lirik dan lagu saya hasilkan sendiri, idea dan inspirasinya tercetus selepas saya melihat satu kejadian depan mata yang tular. Proses menghasilkannya tidaklah lama.
“Kamal Adli bertanya ada tak lagu yang boleh diguna pakai untuk drama Perempuan Tanpa Dosa, kemudian saya siapkannya dalam masa lima hari.
“Bahagian paling susah tentu sekali masa yang diberikan kepada saya amat singkat. Tapi Alhamdulillah, urusan itu dipermudahkan dengan bantuan pasukan saya, Payung dan Pedang, kami bertungkus lumus untuk siapkan lagu dari petang sampai ke pagi di studio.
“Selepas hantar demo, risau juga kalau tidak menepati permintaan pihak produksi, mujur mereka suka,” katanya lagi.
Afif mula mencipta nama selepas menyertai program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan selain pernah menyertai Mystarz LG di TV3.
Selain aktif dalam penulisan lagu, penyanyi berusia 34 tahun ini juga pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan dan pernah tampil dengan lagu Sendiri bersama Kmy Kmo.
Lagu Maaf sudah boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi akibat kesukaran bernafas, pada Isnin.
Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, difahamkan telah dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah.
Wakil kepada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim yang dikenali sebagai Muhammad Shah memberitahu gadis berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan kuman di paru-paru, memetik mStar.
Menurutnya lagi, Wani berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut selepas menjalani pembedahan bariatrik (potong usus) pada Ogos tahun lalu berikutan dia tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan susulan.
“Wani dikejarkan ke hospital sekitar pukul 9 pagi tadi selepas dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di paru-paru Wani.
“Selepas Wani melakukan pembedahan potong usus, dia tak pernah pergi buat pemeriksaan susulan. Kita memang berniat untuk bawa dia menjalani pemeriksaan untuk tahu status sebenar apabila mengetahui dia tidak menjalani sebarang rawatan dan pemeriksaan susulan.
“Mengenai punca jangkitan… saya serah pada pihak hospital dan kita lihat keadaan Wani memang tidak berapa sihat semenjak pertemuan pertama di Jerantut.
“Cuma kita memerlukan masa bagi menyediakan bantuan supaya Wani boleh mendapatkan rawatan,” katanya seperti dipetik.
Sementara itu, Wani menerusi Instagram dan Instastory turut memuat naik foto dia berada di sebuah hospital mendapat perhatian netizen di laman sosial.
“Wani kena tahan di hospital. Wani sakit. Tolong doakan Wani,” tulis Wani pada Instastory.
Sebelum ini, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram meluahkan rasa kecewa dan mendakwa seorang usahawan kosmetik terkenal menabur janji manis selain menyediakan kontrak yang didakwa sebagai perjanjian berat sebelah.
Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Wani berharap masalah berat badannya selesai selepas menjadi duta produk ubat kurus usahawan kosmetik terkenal berkenaan, sebaliknya yang berlaku.
Justeru, gadis malang itu terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.
Menceritakan lebih terperinci, Wani berkata pada Ogos tahun lalu usahawan berkenaan tampil menawarkan pembiayaan bagi menjalani pembedahan bariatrik serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.
Sementara itu, Shah turut menjelaskan buat masa sekarang, Wani masih ditahan di wad zon kuning sementara menunggu keputusan pemeriksaan ujian makmal.
Tambahnya Wani pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak dia menjalani pembedahan tersebut.
“Doktor terpaksa tahan Wani di wad sementara menunggu hasil ujian kesihatan. Pihak hospital juga terpaksa berbuat demikian agar pemeriksaan lanjut boleh dijalankan untuk mengetahui status kesihatan Wani.
Saya harap semua orang boleh doakan untuk keadaan kesihatan Wani,” ujarnya.
Sumber/Foto: mStar, Instagram Wani Comel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Dafi Ismail menyifatkan masa cukup pantas berlalu dan kini usianya sudah mencecah usia 32 tahun.
Bagaimanapun, Dafi tetap meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana sehingga kini masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan selain turut dikelilingi orang yang sayang terhadap dirinya.
“Hi guys, hari jadi saya yang ke 32 akan berakhir dah. Saya cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberikan ucapan. Sekejap je rasanya. Tiba-tiba umur dah 32 dah.
“Bagaimanapun ia cuma sebahagian daripada kehidupan dan semua orang pun akan melalui perkara yang sama. Saya okay je dengan semua ni. Saya sebenarnya bersyukur kerana masih diberikan ruang untuk hidup dan bernafas dekat atas dunia ni,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya selama ini.
“Saya bersyukur dengan apa yang telah saya lalui tak kiralah baik atau buruk. Untuk orang-orang yang saya pernah jumpa yang kini dah jadi sebahagian daripada hidup saya atau tidak. Saya sebenarnya teruja untuk melihat apa lagi yang akan saya alami pada masa depan.
“Terima kasih juga kepada anda yang banyak sangat bagi saya doa yang baik-baik sempena hari lahir saya. Saya doakan perkara baik yang anda doakan kepada saya terjadi kepada anda juga. Terima kasih. Semoga tuhan merahmati kita,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, menerusi posting berasing, Dafi ada berkongsi beberapa sambutan ulang tahun kelahirannya yang turut disertai oleh bapanya yang juga merupakan Menterik Kanan (Pertahanan), Datuk Sri Ismail Sabri.
Pelakon dan usahawan, Salina Saibi memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya selepas tampil lebih kerap mengenakan hijab sejak pulang daripada menunaikan...