Pendakwah bebas dan pengacara, Imam Muda Asyraf menzahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelakon senior, Haeriyanto Hassan untuk terus melawan penyakit yang sedang dilaluinya ketika ini.

Menurut Asyraf, Haeriyanto sememangnya berasa amat yakin bahawa dirinya bakal diberikan kesembuhan tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf)

“Abang Haerieyanto punya semangat sangat luar biasa. Berkali-kali beliau ulang menyebut, yang beliau insyaAllah akan direzekikan kesembuhan oleh Allah.

“Semangat untuk berkhidmat. Semangat sebagai ketua keluarga. Berkat doa yang tak henti. Yakin dengan kuasa Allah. Itulah yang banyak saya belajar hari ini,” tulisnya di Instagram.

Pengacara program, Sembang Viral Mega ini berkata sedemikian sewaktu menziarahi Haeriyanto di rumahnya untuk menyampaikan bantuan yang telah disumbangkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

“Yakin Kuasa Allah, Saya Banyak Belajar…,” – Percaya Akan Pulih Macam Biasa, Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto Hassan “Yakin Kuasa Allah, Saya Banyak Belajar…,” – Percaya Akan Pulih Macam Biasa, Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto Hassan

IKLAN

Pada masa sama, Asyraf turut mendedahkan dirinya juga telah banyak mempelajari ilmu baharu sewaktu lawatan tersebut antara adalah untuk sentiasa percaya dengan kuasa Allah.

“Pelakon Haerieyanto Hassan baru-baru ini dikejarkan ke Hospital Ampang (HA), Selangor. Selepas mengalami strok ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri kaku.

“Terima kasih team Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, PERKESO, Baitulmal-Maiwp, Persatuan SENIMAN, Asiafest dan semua penyumbang. Semoga Allah rahmati,” kongsinya lagi.

“Yakin Kuasa Allah, Saya Banyak Belajar…,” – Percaya Akan Pulih Macam Biasa, Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto Hassan

IKLAN

“Yakin Kuasa Allah, Saya Banyak Belajar…,” – Percaya Akan Pulih Macam Biasa, Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto HassanMelihat di ruangan komen, rata-rata netizen nyata gembira melihat perkembangan terkini pelakon tersebut selain turut mendoakan semoga Haeriyanto akan kembali sembuh seperti sedia kala.

“Semoga cepat sembuh bang. Saya peminat abang sejak lama.

“Semoga Allah berikan kesembuhan dan permudahkan segala urusan Abang Haeriyanto sekeluarga. He is one of the versatile actor on screen.

“Patutlah lama tak nampak dekat tv. Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah. Amin.

IKLAN

“Memang minat sangat dengan Abang Haeriyanto ni berlakon. Semoga ceoat sihat bang. Dapat tengok abang berlakon lagi.

“MasyaAllah pelakon hebat. Semoga cepat sembuh. Amin, antara komen-komen netizen di Instagram.

Sebelum ini, Haeriyanto telah menerima rawatan di Hospital Ampang selepas keadaan sarafnya menjadi lemah sehingga menyebabkan sebahagian daripada anggota badannya sukar untuk bergerak.

Haeriyanto kini telah pulang ke pangkuan keluarga dan akan berehat daripada aktiviti lakonan buat sementara waktu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Imam Muda Asyraf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI