Tiga penyanyi rap wanita popular iaitu Arabyrd, Hullera dan Sophia Liana bergabung dalam single rap terbaru yang berjudul ‘Hal’.
Seringkas tajuknya, Hal diciptai sendiri oleh Arabyrd, Hullera dan Sophia Liana sendiri, sementara ia mendapat sentuhan dan olahan DJ tempatan dan penerbit muzik, DJ Ziqq bersama SonaOne.
Arabyrd mengakui, idea tersebut terhasil selepas melihat kian ramai penyanyi rap wanita yang beranikan diri ke depan dalam industri seni lokal.
“Saya lihat semakin ramai penyanyi rap wanita tanah air yang muncul di persada muzik lokal dan ini merupakan suatu perkembangan yang sihat.
“Tatkala itu, saya mengambil kesempatan ini untuk berkolaborasi bersama Hullera kerana beliau masih muda dan sangat berbakat, manakala Sophia Lianamerupakan penyanyi rap daripada kumpulan De Fam yang sudah berpengalaman dan disegani,” katanya.
Hullera pula menjelaskan mengenai maksud di sebalik single berkenaan.
“Ia membawa mesej memperkasakan wanita di mana setiap hari kaum hawa berdepan dengan pelbagai cabaran dan perlu berdikari dan harus berani dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
“Selain itu kita juga perlu berdiri di atas kaki sendiri dan jangan ambil peduli dengan apa orang luar kata tentang kita selagi kita tidak buat ‘hal’,” jelasnya.
Sementara itu menurut juara pertandingan realiti Dansa Dan Sing musim pertama, Sophia Liana, masing-masing bebas dalam meluahkan ‘Hal’ dengan cara sendiri.
“Setiap seorang daripada kami diberi kebabasan yang sepenuhnya dalam meluahkan setiap ‘Hal’ dalam single tersebut dan peluang bekerjasama bersama Arabyrd dan Hullera merupakan pengalaman sangat berharga.
“Banyak banyak yang kami belajar selain bertukar- tukar pendapat sewaktu proses rakaman sedang berlangsung,” jelasnya.
“Terima kasih yang tidak terhingga buat Loka Entertainment kerana mempercayai ‘Hal’ dan saya berharap agar penggemar muzik bergenre hip hop di luar sana dapat menerima hasil karya kami bertiga.
“Saya juga tidak sabar untuk melalui fasa seterusnya bersama wanita-wanita hebat ini,” kongsi Arabyrd.
Video muzik rasmi ‘Hal’ telah dilancarkan pada 27 Mac 2020 dan diterbitkan oleh Gushcloud Malaysia, Amar Halim dan Zakwan Azizan, dan diarahkan oleh Atong dan Bibo.
‘Hal’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Video lirik dan muzik single ini juga boleh di tonton di saluran Youtube dan sehingga kini, ia sudah pun ditonton hampir 50,000 tontonan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona alaf baru, Erra Fazira difahamkan akan mengerjakan haji bulan hadapan.
Malah, pemergiaannya ke tanah suci kira-kira selama dua minggu itu juga tidak akan ditemani rakan atau ahli keluarga.
“Erra akan ke sana tanpa ahli keluarga atau kawan kawan. Insya-Allah Erra akan berada di Mekah selama dua minggu,” menurut rakan terdekatnya, seperti yang dipetik MHE.
Malah, dikhabarkan penyanyi Jendela Hati itu turut merakamkan rasa teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah.
Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif memilih tarikh 1 Ramadan untuk berkongsi wajah penuh wajah puteri sulung mereka bersama peminat.
Sambil memuat naik foto kecil keluarga, Intan turut mendedahkan nama anak perempuan mereka, Evie Khadeeja.
“Comel sangat. Cute sangat-sangat. Semoga membesar jadi anak yang solehah dan menjadi penyejuk hati ibu ayah. Ameen,” tulis seorang peminat.
“Cute like Mom dan Dad, masyaAllah,” reaksi yang diberikan peminat lainnya.
“Allahuakbar, cantiknya kurniaan Allah,” antara komen yang tertera.
“MasyaAllah comel baby secantik namanya,” komen peminat.
Imbas kembali, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Intan kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan, Evie Khadeeja pada 31 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, To' Puan Syamim Freida bersyukur atas sokongan yang diberikan keluarga dan suaminya, Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari...