Kecoh sejak malam tadi menerusi laman Twitter apabila nama seorang pelawak popular dikaitkan dalam satu video sedang berurusan dengan seorang penunggang motosikal.

Menerusi rakaman video pendek tersebut, individu yang dikatakan mirip seorang pelawak dari kumpulan popular itu seolah-olah terkejut lalu berang apabila mengetahui dirinya sedang dirakam.

“Woi! Hang rakam apa?” kata individu berkenaan kepada perakam video dalam loghat utara sambil meluru keluar dari kereta jenis perodua Myvi.

Sehingga kini, video kurang seminit itu yang dikongsikan seorang pengguna Twitter itu sudah ditonton lebih 40,000 kali.

“Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja mereka buat.

“Hari tu seorang jadi tauke ayam. Kali ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu.

“Gaya tangan waktu bagi barang tu nampak macam dah lama je berkecimpung,” ciap pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan. 

Ciapan tersebut sekaligus menerima reaksi pelbagai warganet dan ada mendakwa mengaitkan individu tersebut sebagai pelawak berdasarkan loghat dan suara.

Bagaimanapun, ada juga yang menyangkal kerana berpandangan ia hanya gimik atau lakonan semata-mata. Antaranya;

“Gimit je ni, nnt keluar la moie baru *******. Hahahaha.”

“Staged. Amende pass barang jauh2 macamtu nampak nau memang nak bagi nampak satu alam hahaha. Ytjt.”

“Doesnt looks legit.”

“Tak real siak. Nampak sangat beelakon.”

“Beria menghalakan lampu motor ke arah muka pelawak sampai senget2 tayar motor.”

“Alaa kalau fikir logik takkan la nak bagi barang tempat terbuka macam tu woi.agak2 la dengan lampunye.”

Malah ada juga yang mendakwa ia sebagai strategi pemasaran sebelum individu didakwa melancarkan produk baharunya.

Sehingga kini, individu yang didakwa mirip pelawak terbabit belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan kesahihannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI