Pelakon Zara Zya sememangnya dikenali sebagai antara aktres yang cukup giat menempatkan nama dapam industri seni tempatan. Malah, deretan drama yang dilakonkannya juga turut mendapat perhatian pencinta drama lokal.
Terkini menerusi Instagram, bintang ini ada memuat foto sedang melakukan sesi penggambaran untuk sebuah projek.
Lalu, dia sempat bertanya peminat menerusi ruangan kapsyen.
Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan, watak Juita yang dibawa Azar Azmi menerusi Nur 2 yang bakal bersiaran tidak lama lagi merupakan ‘pembawa’ kepada perjalanan drama rantaian itu secara keseluruhannya.
Pada pandangannya lagi, watak Juita juga penting sebagai penggerak kepada watak-watak lainnya.
“Bagi saya watak Juita merupakan ‘pembawa’ kepada Nur 2. Rasanya wataknya sangat penting untuk karektor yang lainnya juga sebab kami tidak mahu untuk lakukan perkara yang selfish. Mahu buat yang bagus tanpa bantu orang lain juga untuk bagus.
“Jadi banyak juga saya berbincang dengan Azar Azmi memandangkan saya banyak babak dengannya. Kami pun saling pening kepala kerana skripnya panjang-panjang,” kata Syafiq.
Malah, demi memastikan yang terbaik, mereka berdua turut sama berbincang selain memberikan semangat buat finalis Dewi Remaja 2010 itu.
“Azar sendiri mungkin masih lagi baru masuk di Nur 2, suatu perkara baru baginya dan kami saling berbincang mengenai skrip.
“Tapi untuk saya berikan kekuatan memang tinggi kerana dia yang membawa Nur 2. InsyaAllah dia boleh,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Syafiq Kyle ditemui media pada majlis Preview Fashion ZaloraRaya Kylez by Syafiq Kyle di Blackbox, Publika.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sehari lalu, pelakon wanita tersebut ada memuat naik teaser Nur 2 yang menyaksikan dirinya mendukung watak sebagai pelacur.
Malah, rata-rata peminat memuji keberkesanan lakonannya selain tidak sabar untuk menantikan drama berkenaan, lebih-lebih untuk melihat watak baru itu di tangan pelakon terbabit.
Selepas tamat drama rantaian Senafas Rindu yang menyaksikan heroinnya, Elizabeth Tan tampil mengenakan tudung sebagai memenuhi tuntutan watak, kali ini penyanyi Polis Entry itu sekali lagi membuat kejutan dengan memuat naik posting foto bertudung.
Perkongsian yang dilakukan Lizzy awal semalam menerusi Instagram itu membuatkan ramai teruja.
All Star Championship (ASC) 2026 bukan sekadar menghimpunkan influencer untuk beradu kekuatan di gelanggang, sebaliknya menjadi platform yang menggabungkan sukan, kandungan digital, hiburan dan...