Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah foto melibat pelakon dan hos, Fahrin Ahmad ketika sedang mengacarakan program siaran langsung, Wanita Hari Ini.
Entri tersebut memaparkan gurauan nakal seorang netizen yang mengusik cara pemakaian Fahrin yang dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bahagian alat sulitnya itu.
Bagaimanapun, Fahrin dilihat enggan mengambil peduli mengenai perkara tersebut kerana menyifatkan ianya seperti sengaja dibangkitkan individu yang berniat jahat.
Memetik laporan Kosmo Online, Fahrin menafikan perkara berkenaan sebagai kegagalan berpakaian (malfunction) kerana dia sudah pun berkali-kali memakai seluar tersebut.
“Rasanya, benda begini baik dibiarkan sahaja. Lagi pun, lagi diulas, lagi orang korek nanti. Takut daripada sekelompok sahaja yang tahu, makin ramai nak ambil tahu nanti.
“Itu bukan kegagalan pakaian (malfunction). Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas pelakon drama, Kebaya Kasut Kanvas ini lagi, dia sebenarnya sudah pun lali dengan perkara tersebut dan menganggap ia sebagai asam garam bergelar anak seni.
“Banyak kali sudah saya kena. Ini bukan kali pertama. Barangkali juga, golongan selebriti tidak boleh terlepas daripada kecaman dan tohmahan.
“Ramai orang tiada kerja waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jadi, mereka ada banyak masa untuk buat perkara yang tidak berfaedah contohnya menularkan foto saya,” katanya lagi.
Sumber: Kosmo Online & Instagram Fahrin Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, bekas suami kepada Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai ada menberikan dedikasi istimewa anak pertamanya, Putra Rayqal Ramli.
Berikutan dengan pandemik Covid-19, Jejai turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk meluangkan masa bersama dengan anaknya.
Dalam pada itu, Jejai berharap Rayqal yang kini sudah mencecah usia 12 tahun akan terus menjadi seorang anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa.
“Dearest Rayqal, can’t quite believe that I am writing this, you have grown another whole year since my last birthday letter to you. you are now twelve and growing up so fast. I think you have grown half a foot in height in 2020. Im not sure why, but 2020 has elapse so quickly. The pendamic is some what a blessing for daddy as i get to spend more time with you and your siblings, thanks to online classes
“I look down to talk to you and realized that all too soon, we’ll be eye to eye. Yes, tweedom has arrived. Tau tau suara pun akan bertukar soon. These past twelve years have been such a rollercoaster of joy and happiness.
“You’re reaching a really exciting stage of life, you know. While I still think of you as a kid because you are ok! You talk about grown up stuffs, you watch the news and mention names like trump and biden hahaha. You are truly growing up too fast.
“Sayang, you are a kind boy, in the years ahead, I hope that tou’ll continue to be kind to your schoolmates and friends, even when… heck, particularly when others are not. Do not mistake kindness as weakness.
“I hope that you’ll continue to be kind to your brother and sister, I hope that you’ll continue to be kind to mummy and me, the individuals whose world you forever changed the day you were born. But mostly, I hope you’ll continue to be kind to yourself.
“I believe you will be a remarkable person. Not forgetting, Ingat kepada Tuhan, jadilah orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Hormati kedua dua ibubapa, atok, tah dan semua kaum keluarga. Happy 12th birthday my son! I love you.Love Always Daddy,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Imbas kembali, Jejai berkahwin dengan Nora pada 20 Jun 2006 namun telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Foto: Instagram Rizal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham yang telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Tasha Awie di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) itubertemakan warna putih bagi lelaki dan merah hati untuk pihak perempuan.
Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah turut memuat naik sekitar momen indah sepanjang majlis di Instagram buat tatapan umum.
Memetik mStar, penyanyi berusia 23 tahun ini mendedahkan mereka memberi tempoh pertunangan selama setahun namun berkemungkinan akan melangsungkan pernikahan tahun ini jika diberikan rezeki awal.
“Masa nak masuk dalam dewan itu, saya berasa agak gemuruh juga la… sampaikan kaki saya menggeletar. Tapi Alhamdulillah, majlis pertunangan saya dan Tasha berjalan dengan lancar.
“Kami rancang ikatan pertunangan ini dalam tempoh setahun tapi sekiranya diberikan rezeki awal, insya-Allah majlis pernikahan kami akan diadakan dalam tahun ini juga,” katanya.
Sementara itu, Tasha atau nama sebenarnya Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, berkata dia terpikat dengan sikap Ayie yang mementingkan keluarga dan layak untuk dijadikan suami.
“Saya melihat Ayie ini seorang yang sangat mementingkan keluarga dan dia juga seorang lelaki yang boleh dijadikan sebagai suami.
“Memang pada mulanya, timbul perasaan cemburu kerana dia digilai peminat wanita tapi tiga tahun perkenalan membuatkan saya lebih memahaminya,” katanya.
Lalu, foto majlis berkenaan turut dibanjiri komen peminat yang turut sama tumpang gembira atas ikatan pertunangan antara pasangan dua merpati sejoli itu.
Foto: Instagram Ayie Elham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai identiti lelaki misteri yang muncul menerusi foto dimuat naik di media sosial sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, selepas timbul dakwaan dirinya kini sedang berada dalam fasa bahagia.