Pelakon senior, Jasmin Hamid ada berkongsi mengenai beberapa hal peribadi melibatkan dirinya sekeluarga.

Eksklusif menerusi program YouTube Media Hiburan, ibu kepada seorang cahaya mata ini membawa penonton melihat aktiviti yang dilakukan selain bercerita mengenai perkara yang mungkin ramai tidak tahu.

Jasmin antara lain turut mengakui dirinya seorang yang tidak terlalu terbuka untuk mendedahkan kisah berkaitan hal privasi.

Dia bagaimanapun tidak menafikan, perkembangan media sosial mampu mendekatkan diri peminat dengan seseorang artis untuk berinteraksi.

“Anugerah Dari Allah, Sebab Kami Tak Mencari Pun,” – Tiba-Tiba Dapat Rezeki, Jasmin Hamid Cerita Minta Dulu Pendapat Famili Sebelum Ambil Anak Angkat “Anugerah Dari Allah, Sebab Kami Tak Mencari Pun,” – Tiba-Tiba Dapat Rezeki, Jasmin Hamid Cerita Minta Dulu Pendapat Famili Sebelum Ambil Anak Angkat

“Saya seorang yang berahsia. Tidak berapa gemar untuk bercerita mengenai kehidupan peribadi. Kalau nak kongsipun, cuma hal yang positif sahaja.

IKLAN

“Malah anak-anak bila mereka sudah besar barulah saya dedahkan siapa mereka. Kalau tidak dulu, dalam majalah pun mungkin hanya pada waktu tertentu. Saya nak orang kenal saya dengan kerjaya,” katanya.

Pemenang trofi Anugerah Skrin bagi kategori Aktres Terbaik menerusi drama Jutawan Segera itu juga menambah, dua anak angkat yang dikenali sebagai Rohana dan Luqman Hakim merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai.

“Anugerah dari Allah SWT, sebab kami tidak mencari pun. Tetapi tiba-tiba dapat rezeki. Saya dan famili tidaklah kaya pun.

“Malah kami sekeluarga berbincang dahulu sebelum ambil anak angkat. Macam mana kalau jaga? Sebab ini bukan anak kucing kalau tidak suka boleh letak tepi jalan atau bagi orang lain. Ingat baju? Ini soal dunia akhirat, amanah dariNya.

IKLAN

“Bila fikir, tidak mengapa. Setiap orang Dia sudah tentukan rezeki sampailah ke hujung nyawa. Jadi kami cuba jaga mereka semampunya.

“Bila sudah berkahwin, saya dapat rezeki seorang cahaya mata. Bila orang tanya, kau anak berapa, saya jawab tigalah. Yang dua itu tetap anak saya dunia akhirat, cuma tidak melahirkannya sahaja,” katanya.

“Anugerah Dari Allah, Sebab Kami Tak Mencari Pun,” – Tiba-Tiba Dapat Rezeki, Jasmin Hamid Cerita Minta Dulu Pendapat Famili Sebelum Ambil Anak Angkat “Anugerah Dari Allah, Sebab Kami Tak Mencari Pun,” – Tiba-Tiba Dapat Rezeki, Jasmin Hamid Cerita Minta Dulu Pendapat Famili Sebelum Ambil Anak Angkat

Terdahulu Jasmin dan bekas suami, Ian Rashid Macquistan berpisah pada 4 Februari 2008 selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000.

IKLAN

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq selain menjaga dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.

Mahu tahu lebih lanjut mengenai Jasmin Hamid serta apa reaksinya apabila bercakap mengenai status sekarang? Ikuti versi penuh MH Lifestyle di sini ;

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=BC7URRDM_mI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI