Baru sahaja membuat pengumuman rasmi menerusi laman Instagram, selebriti ‘panas’, Zarina Anjoulie bakal menamatkan zaman janda tidak lama lagi.
Sepotong klip video ketika sedang disolek jurusolek terkenal, Aizat Abdul Razak, wanita jelita ini ditemani bakal suami yang dikenali sebagai Lash membuat kejutan untuk peminat.
“Sayang cepat. We have an announcement to make.
“Yes, we are getting married. Tu saja nak share dengan korang,” luahnya menerusi laman Instagram.
Meski baru dua hari dilancarkan di YouTube, single terbaru Zamani berjudul Aduh sudah pun berada pada kedudukan yang baik dalam senarai muzik video trending di Malaysia.
Sehingga kini, muzik video lirik yang merakamkan proses menyiapkan lukisan penyanyi Gerimis Mengundang itu sudah pun ditonton lebih 500,000 kali.
Rata-ratanya memberi maklum balas positif terhadap lagu berkenaan, menerusi ruangan komen YouTube di saluran akaun Faithful Music.
Sementara itu, maklum balas lebih kurang sama turut ditinggalkan peminat menerusi Instagram penyanyi yang mendapat tempat ketiga di Gegar Vaganza musim kelima itu.
Pelakon Nazim Othaman baru sahaja selesai melakukan pengambaran untuk sebuah drama.
Bagaimanapun, pengambaran itu dilakukan di kawasan perkuburan.
Lantas, pelakon drama Monalisa itu juga turut meluakan rasa sebaknya tatkala dia lalu dihadapan kubur.
“Hari ni ada shooting kat kubur. Masa kereta aku masuk ke perkarangan kawasan perkuburan, mulut aku dah terkumat-kamit sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang dah pergi dulu..
“Sepanjang kat kawasan kubur tadi, aku tak banyak bercakap kecuali bila perlu je, sebab dalam hati masih tak berhenti membaca Al-Fatihah, sambil mata aku memandang ke semua kubur yang ada kat situ..
“Aku jadi sayu mengenang betapa lama aku hanyut dek khilaf. Aku pun tak tau macam mana nak luahkan perasaan yang datang tadi. Aku cuma boleh rasa Allah cuba menyampaikan sesuatu pada aku..
“Dijentiknya hati ini hingga jadi sebak, sampai sekarang aku masih cuba pujuk diri… kalau nak menangis, menangislah dalam doa lepas solat..
“Allah menduga bukan kerana Dia membenci, barangkali kerana Dia rindu dan semua ini adalah caranya untuk mengembalikan hati aku supaya tak berhenti memuja keagunganNya..
“Sesungguhnya Allah maha besar, maha pengampun lagi maha penyayang,” tulisnya.