Dalam pada itu, rata- rata peminat memberi mendoakan agar Wawa dapat kecapi impiannya itu.
Ads
Untuk rekod, Wawa telah mendirikan rumah tangga bersama Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4 tahun dan Ayya Sofea, 4 bulan.
Foto : Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
YouTubers popular, Zukiee, Alieff Irfan, Kokom, Nasz Kenyang dan Inderawasih menggamatkan webseries PUBG ALLSTARS yang bersiaran di laman YouTube.
Episod pertamanya yang dilancarkan Jumaat lalu di saluran YouTube rasmi TODAK TV, meraih jumlah tontonan lebih 100,000 penonton dalam tempoh kurang 48 jam!
Meski ia tanpa publisiti meluas mahupun pembabitan pelakon profesional, pencapaian ini amat membanggakan, memandangkan PUBG ALLSTARS merupakan drama webseries juga ‘original series’ terbitan TODAK TV yang mengketengahkan genre ‘gaming’ di dalam kehidupan realiti.
Produser PUBG ALLSTARS, Mohd Ikmal Fareeq menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya berasa terharu dengan sambutan yang diberikan peminat PUBG dan pengguna YouTube.
“Saya percaya sambutan hangat episod pertama PUBG ALLSTARS, sokongan datang dari kelompok penggemar sukan elektronik (E-Sukan) PUBG, pangguna YouTube termasuk pengikut serta peminat tegar Youtuber terkenal yang merupakan bintang utama juga penggerak jalan cerita ini.
“Mungkin juga ramai yang berminat menonton PUBG ALLSTARS ini kerana genre seumpama ini belum pernah disaksikan dalam mana-mana drama atau filem. Ia merupakan idea asal yang dibangunkan pihak TODAK TV sendiri,” katanya.
Tambah Ikmal lagi, webseries yang ditayangkan setiap Jumaat, jam 9 malam itu masih berbaki empat episod dan pihak berharap sambutan untuk episod seterusnya akan mengalami peningkatan jumlah tontonan yang lebih besar.
Memilih permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG Mobile), sebagai teras cerita, TODAK TV telah mengkaji demografik permainan video ini yang kemudiannya diangkat sebagai E-sukan melalui penganjuran Kejohanan Kebangsaan Mudah alih PUBG Mobile (PMNC) yang menawarkan ganjaran lumayan.
YouTuber yang membintangi webseries ini, antaranya Zuikee, Alieff Irfan, Kokom, Nasz Kenyang dan Inderawasih. Manakala pelakon tambahan terdiri daripada pasukan MTAS, Rosenicotine dan ramai lagi.
Jadi jom, kenali pasukan PUBG ALLSTARS ini;
1. Team Noob
Ciri khas/Keunikan:
– Kalah sentiasa itu visi dan misi kami
– Strategi yang kurang mengena dan selalu lari daripada fokus
– Suka pakaian yang cantik dalam PUBG
2. Team Cocombees
Ciri khas/Keunikan:
– Misi kekalahan selalunya datang daripada Aziz
– Mmepunyai rakan yang pentingkan diri dalam team akan menyumbangkan kekalahan
– Tapi masih bersahabat. (team menerima kelebihan dan kekurangan rakan)
3. Team Elite
Ciri khas/Keunikan:
– Penampilan 1st! Chicken Dinner no. 2! dan Sentiasa Lagg
– Senario yang selalu berlaku. Tengah main game mesti ada yang lagg.
– “Kadang-kadang yang menjatuhkan kita tanpa kita sedari adalah diri kita sendiri”
4. Team Zukie
Ciri khas/Identiti
– Senyap, tapi menyengat
– Kena pandai atur strategi
– Ketua harus berani untuk tukar strategi bila perlu.
5. Team Pro
Ciri khas/Identiti
– Sebuah pasukan yang tiada belas kasihan, Kill for fun.
– Kadang-kadang riak akan memakan diri.
– “Orang yang noob saja mati kena langgar kereta”.
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari ada berkongsi beberapa posting dengan memberi dedikasi terhadap isteri, Scha Alyahya selepas berjaya memotong rambutnya.
Rambut yang sudah mulai panjang kerana tidak dipotong selepas premis perkhidmatan memotong rambut tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, Awal turut memuat naik beberapa video terkait menerusi Insta Stories miliknya.
Pada masa sama, pasangan tersebut turut mendapatkan nasihat serta tutorial cara memotong rambut lelaki dari pendandan rambut terkenal, Bambang Soteto.
Demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19), penyanyi baru, Fadh Majid, melancarkan single sulung, Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.
Segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid itu telah dilakukan 27 Mac lalu, berjalan secara serentak diIG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.
Sementara itu, pada jam 9 malam pula, video lirik lagu berkenaan turut dilancarkan menerusi saluran YouTube Todak Music.
Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian; penyanyi terkenal, Shiha Zikir termasuk rakan media dari unit hiburan.
Positif dan memahami situasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, Fadh turut menjelaskan dia dan syarikat rakamannya Todak Music, bukannya tidak sensitif apabila meneruskan hasrat untuk melancarkan lagu ini ditengah-tengah masyarakat seluruh dunia berasa terancam dengan wabak COVID-19.
Sebaiknya, tarikh pelancaran lagu tersebut sudah dirancang lebih awal.
“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.
“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malahdemi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjangkita mengharungi krisis wabak Covid19”
“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.
“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlisdilakukan,” kata pemilik nama lengkap, Muhammad Fadhlullah Abdul Majid ini.
Sejak krisis COVID-19 juga, bintang ini turut menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.
“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” akuinya.
Terdahulu, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan dari Fadh sepenuhnya.
Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.
“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.
“Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini lagi.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.