Sebut sahaja nama Wanna One, memang ramai peminat yang akan jerit nama idol kesayangan mereka itu.

Terdiri daripada 11 orang anak muda iaitu Jisung (ketua),Sungwoon, Minhyun, Seungwoo, Daniel, Jaehwan, Jihoon,Woojin, Jinyoung, Daehwi dan Guan-lin, populariti mereka boleh dikatakan hampir sama dengan ‘top 3’ di Korea Selatan.

Wanna One Kongsi Pengalaman Makan Daging Katak Di Malaysia!

Bakal mengadakan Fan-Meeting dengan Wannable (kelab peminat) Malaysia, Wanna One mencipta kejutan apabila tiba 4 hari lebih awal daripada tarikh majlis tersebut.

Berkesempatan menghadiri majlis sidang media Wanna One tadi, MH diberitahu bahawa ahli grup ini sempat main kejar-kejar dengan peminat.

Semuanya bermula apabila ahli-ahli kumpulan tersebut mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pusat membeli-belah di ibu kota.

IKLAN

Wanna One Kongsi Pengalaman Makan Daging Katak Di Malaysia!

Yalah, diorang pun dah popular kan? mestilah kena kejar…

Dalam pada itu, mereka juga sempat merasa makanan Malaysia seperti Mee Goreng dan juga makan daging katak? errr…

IKLAN

Selain itu, Seungwoo menceritakan bagaimana dia menemui sisi baru Daniel semasa berada di Malaysia.

“Selalu saya lihat Daniel seorang yang aktif, selalu sahaja bergerak tapi bila tiba di Malaysia…dia boleh tidur/ berbaring tiga hari berturut-turut.

“Saya tak pernah lihat dia begitu,” katanya yang mengundang tawa ramai.

Sementara itu, sikap ‘playful’ mereka turut kelihatan semasa sesi sidang media tersebut apabila pengacara bertanyakan soalan mengenai apa yang mereka ingin jadi jika bukan seorang idol.

Daniel menjawab,’Spiderman’ manakala Jinyoung menjawab ‘Hulk’. MH rasa mereka ni banyak sangat tengok filem adiwira ni.

IKLAN

Bagaimanapun, populariti segera yang dikecapi grup membuatkan mereka lebih menghargai peminat.

Wanna One Kongsi Pengalaman Makan Daging Katak Di Malaysia!

“Apa satu perkara yang kami tidak boleh hidup tanpanya? tentulah Wannable,” kata semua ahlinya.

MH tak sabar nak tengok apa yang Wanna One sediakan buat para peminat untuk Fan- Meeting malam ini bertempat di Stadium Negara jam 8.00 malam.

Wanna One Fan Meeting in Malaysia dibawakan oleh IME.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI