Sepotong video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter yang merakamkan seorang wanita berniqab dan disapa dengan panggilan Jue Aziz tular seterusnya mendapat reaksi pelbagai daripada warganet.

Di dalam video terbabit, wanita berpurdah itu antara lain mengulas mengenai tawaran berlakon drama selain imej yang berpurdah.

Lalu, pengguna Twitter masing-masing memberikan pandangan sendiri terhadap video terbabit dan tidak kurang yang turut mengecam memandangkan ada yang mendakwa itu bukanlah pelakon yang dimaksudkan.

Bagaimanapun hasil tinjauan, wanita tersebut dikenali sebagai Nur Nazirah Aleeya Zakaria, 34, yang rupanya merupakan usahawan kosmetik jenama Diamond Gold Beauty.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Founder DG Beauty (@nur_qasehaleeya)

IKLAN

Terkini, dia tampil menjelaskan kekeliruan, menerusi satu hantaran di Instagram.

Sambil memuat naik beberapa tangkap layar berhubung reaksi pedas yang diterima, usahawan ini mengakui video terkait hanyalah gurauan sesama pekerja malah dia tidak pernah mengakui wajahnya saya dengan pelakon filem Hantu Bonceng itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Founder DG Beauty (@nur_qasehaleeya)

“CERMIN MUKA TU DULU! Assalamualaikum semua. Baru je sy terkejut pagi tadi kat Twitter viral pasal sy. Org samakan sy dgn Jue Aziz.

IKLAN

“Sy dah pun jelaskan kat awk awk semua kat posting sebelum ni. And sy pun ada juga share di IGStory sy. Tapi benda lain pulak sy dapat. Tak cukup kat Twitter, menderu sy dapat banyak DM kat inbox IG yang kecam sy.

“Ada yg cakap sy ni berangan, ada yg suruh sy cermin muka, sy cari publisiti murah, cakap sy ni Jue Aziz versi bengkak dan banyak lagi.

“Ingin sy tegaskan dan jelaskan sekali lagi, video yang viral tue hanyalah sekadar gurauan antara staf sy yang sering panggil sy dgn panggilan Jue Aziz.

“Sy sendiri tak pernah nak claim wajah saya macam dia. Sah sah Jue seorang pelakon popular, saya pulak hanyalah usahawan yang giat membina jenama Diamond Gold Beauty. Alhamdulillah bisnes saya makin mendapat perhatin,” tulisnya.

IKLAN

Nur Nazeerah bagaimanapun mendedahkan selain menerima kecaman, dia bersyukur kerana turut terselit komen yang memberikan semangat.

“Di sebalik kecaman tu, sy pun ada terima juge kata kata positive, Alhamdulillah.

“Sy mahu memandang optimis je benda-benda gini & nak anggap isu ini sebagai dugaan berniaga.

“Sekali lagi sy nak mohon maaf kepada Jue Aziz, tak pasal-pasal dia terpalit sama isu ni.

“Apa yg penting, saya akan terus berlari membina jenama ini dan berharap sokongan awk awk semua, okay! Doakan sy yer?,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI