Pelakon, Datin Umie Aida ada berkongsi sekeping foto bersama penyanyi, Anuar Zain di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Umie, dirinya sangat menghargai bakat nyanyian penyanyi lagu Sedetik Lebih ini dari dahulu dan sehingga kini.
“Menghargai bakat yang ada pada @anuarzainnetwork dari dulu kini dan selamanya. Walaupun zaman berganti tapi nama mu tetap utuh di persada seni tanah air.,” tulisnya.
Pelakon Mira Filzah mengakui setakat ini masih belum ada apa-apa pelawaan rasmi daripada pihak MeleTop berkenaan dengan pemilihan hos baru bagi menggantikan pengacara bersama Nabil Ahmad, Neelofa.
Bintang Sweet Dreams itu memberikan respon sedemikian selepas ditanya media mengenai desas-desus namanya yang dikatakan turut disebut-sebut sebagai hos baru program berkenaan.
“Dari pihak saya tiada apa-apa lagi. Akan tetapi kalau dikatakan mengenai yang menyebut nama tu, its a good think. Mungkin orang boleh nampak sebab bukan senang untuk hos baru mengambil alih posisi sebelumnya di dalam program berkenaan.
“Malah, ia sudah pun punya satu branding yang sangat kuat. Jadi kalau tiba-tiba ada yang bangkit nama, maksudnya orang nampak akan potensi. Akan tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa,” katanya memberikan penjelasan.
Sementara itu, Mira Filzah yang kini turut diangkat sebagai wajah wakilan pereka Rico Rinaldi bagi koleksi Rico Rinaldi Bridal 2020 turut menyifatkan tahun ini menjadi tahun sukses dalam kerjaya seninya.
Merakamkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan, Mira Filzah turut mengakui tahun hadapan menjadi satu permulaan yang mencabar bagi dirinya.
“Tahun ini adalah tahun yang paling cemerlang bagi saya, alhamdulillah rezeki murah. Malah produk saya mendapat sambutan baik dari peminat, baik filem atau pun drama. Dapat juga raih anugerah alhamdulillah.
“Jadi bila sudah memasuki tahun cemerlang takut juga andai tahun 2020 akan ada harapan orang yang lebih besar. InsyaAllah untuk tahun depan saya ada sesuatu yang baru dan berbeza.
“Harapnya saya boleh harungi seterusnya tunjukkan apa yang boleh saya berikan lagi,” katanya kepada MH.
Isteri kepada PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa meluahkan rasa kerana tidak mahu terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial.
Baginya, lebih baik berdiam diri daripada berkongsi cerita di media sosial kerana seolah-olah mahukan perhatian orang ramai.
“Kalau aku memilih untuk bercerita di social media, dah lama aku bercerita. Segala bentuk bukti sama ada dalam teks mahupun bergambar boleh aku dedah. Sebab aku ada.
“Tapi, andai aku pilih untuk membuka semua tu, apa beza nya aku dan kau? Sama. Tiadalah beza kita melainkan hanya pura pura di hadapan manusia. Hanya menagih & dahaga perhatian.
“Jadi aku memilih untuk berdiam. Biar lah apa pun pandangan manusia terhadap aku. Biar lah. Cukup diri ini tahu apa yang diri aku tahu. Dan cukup Allah sahaja yang tahu rahsia itu,” tulisnya.
Malah, Hana yang kini hamil anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Abu berdoa agar Allah menjaga aib umat Islam di dunia dan akhirat.
“Semoga Allah menutup aib kalian. Semoga Allah menjaga aib kita semua juga bukan sahaja di dunia ini, bukan sahaja di social media ini. Malah juga di akhirat. Jangan lupa surah al Kahfi by the way,” akhirinya.
Terdahulu, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.
Hasil perkongsian hidup, Hana kini sedang hamil second trimester.
Foto : Instagram Hana Azraa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri membayangkan dirinya bakal berehat kerana tidak henti-henti berikan fokus terhadap bisnesnya sebelum ini.
Lalu, curahan hati penyanyi Bobo Di Mana itu dikongsikan menerusi Instagram, awal semalam. Malah, Aliff turut mahu anak sulungnya, Ammar Ahyan untuk meneruskan legasi yang telah dibinanya lebih sedekad lalu.
“Sy dah tua ..32thun sy jadi jutawan 22tahun dan sy jarang berenti utk berniaaga dan sy nak rehat.. Tak sabar rasanya nak tunggu @ammarahyan_terlajaklaris besar dan mengambil tempt abg handle bisnes abang dan menguruskan perniagaan.
“Abang dah mula rasa penat dan letih dengan dugaan perniagaan .. siang malam, pagi, petang kena fikirkan nak mangainkan bisnes yg dah 11tahun.
“Nak cari orang percaya susah banyak orang menipu dr yg jujur… itulah ragam perniagaan siapa yang tahu apa yang abang rasai sekarang sila komen di bawah,” tulisnya menerusi entri foto yang dirakam bersama anak lelakinya itu.