Pelakon Mira Filzah mengakui setakat ini masih belum ada apa-apa pelawaan rasmi daripada pihak MeleTop berkenaan dengan pemilihan hos baru bagi menggantikan pengacara bersama Nabil Ahmad, Neelofa.
Bintang Sweet Dreams itu memberikan respon sedemikian selepas ditanya media mengenai desas-desus namanya yang dikatakan turut disebut-sebut sebagai hos baru program berkenaan.
“Dari pihak saya tiada apa-apa lagi. Akan tetapi kalau dikatakan mengenai yang menyebut nama tu, its a good think. Mungkin orang boleh nampak sebab bukan senang untuk hos baru mengambil alih posisi sebelumnya di dalam program berkenaan.
“Malah, ia sudah pun punya satu branding yang sangat kuat. Jadi kalau tiba-tiba ada yang bangkit nama, maksudnya orang nampak akan potensi. Akan tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa,” katanya memberikan penjelasan.
Ads
Sementara itu, Mira Filzah yang kini turut diangkat sebagai wajah wakilan pereka Rico Rinaldi bagi koleksi Rico Rinaldi Bridal 2020 turut menyifatkan tahun ini menjadi tahun sukses dalam kerjaya seninya.
Merakamkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan, Mira Filzah turut mengakui tahun hadapan menjadi satu permulaan yang mencabar bagi dirinya.
Ads
“Tahun ini adalah tahun yang paling cemerlang bagi saya, alhamdulillah rezeki murah. Malah produk saya mendapat sambutan baik dari peminat, baik filem atau pun drama. Dapat juga raih anugerah alhamdulillah.
“Jadi bila sudah memasuki tahun cemerlang takut juga andai tahun 2020 akan ada harapan orang yang lebih besar. InsyaAllah untuk tahun depan saya ada sesuatu yang baru dan berbeza.
Ads
“Harapnya saya boleh harungi seterusnya tunjukkan apa yang boleh saya berikan lagi,” katanya kepada MH.
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy mengakui dirinya seorang penggemar kasut bertumit tinggi dan mempunyai koleksi yang banyak jika mahu dibandingkan dengan kasut tanpa tumit yang dimilikinya.
Malah akuinya kepada MH, dia juga sudah mulai mengenakan kasut bertumit seawal usia belasan tahun.
“Kalau nak bercakap mengenai kasut tinggi, saya tak nafikan tidak terkira. Cuma kalau ‘flat’ shoes tu boleh dikira lagilah,” seloroh Elfira.
Pada masa sama, apabila ditanya mengenai apa yang boleh diperkatakan mengenai kasut tinggi, bintang Kum Kum ini tidak menafikan rasa lebih yakin apabila mengenakan kasut sedemikian.
“Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila mengenakan kasut tinggi berbanding flats. Kalau pakai ‘flats’ saya mesti jatuh,” jelas Elfira ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif jenama kasut terkenal, Giuseppe Zanotti bersama Neelofa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Neelofa ada pelawa saya untuk bersama-sama hadir memeriahkan pelancaran kerjasamanya bersama jenama kasut terbabit.
“Sebagai rakan, saya turut berbangga dengannya atas kolaborasi ini dan sebab itulah saya hadir untuk memberikan sokongan,” katanya lagi.
Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.
Bakal melahirkan anak kelima tidak lama lagi, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram memaklumkan isterinya, Datin Shahida kini berada di dewan bersalin.
Hampir lapan jam menanti dan memantau perkembangan si isteri dan bayi yang bakal lahir, penyanyi dan usahawan ini menjelaskan, dia berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik.
“Beranak sebelum waktunya .. Sebenarnya isteri saya dijangka bersalin pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doctor cakap amgensi kena branak hari ni..jadi semua benda cancel demi menanmi isteri melahirkan.
“Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam loberroom ni.
“Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang smua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak memang,” tulisnya.
Malah jelasnya, orang luar sentiasa melihat mereka pasangan bahagia, namun dugaan berumahtangga hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“Sebab tu hari ini saya nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, syg sy @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak. Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Pelbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. tapi sy yakin yg terbaik utk awak dan awak terbaik utk sy samoai mati syg.
“Kalau tengok dugaan wanita yang ingin malahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee smua cakap isteri.. sbb tu abg x malu nak mintak maaf
“Abang harap kami punya jodoh panjang sampai ke mati…. sbb tak sanggup nak tngok dia sakit.. doakan wife abg selamat dan mudah melahirkanya.. ni dah 8jam duduk sini.. dr pagi sampai thari.. (Untuk melihat video penuh abang akan posting dekat YouTube 08:00 malam ini di YouTube tv Telajak laris jangan lupa tonton),” kongsinya panjang lebar.
Bekas penyampai berita dan hos, Saiful Nizam menitipkan doa dan kata-kata semangat buat rakan seperjuangan di The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) yang menerima surat pemberhentian hari ini.
Tulisnya di laman Instagram, rezeki di dunia terlalu luas untuk diterokai dan jangan sesekali mudah mengalah dengan dugaan yang datang.
“Hidup ni tak semuanya indah! Tak semudah yang disangka.
“Kadang2 geloranya terlalu deras utk kita harungi! Kekadang ia setenang air di kali.
“Bangun! Tempuhinya sehabis daya sbb janji Allah itu pasti bg mereka yang berusaha.
“Buat rakan2 ku di Media Prima! Insya’Allah dunia Allah ini terlalu luas. Jangan mudah mengalah & teruskan daya sementara hidup yang masih ada.
“Moga dipermudahkan urusan kalian smua kerana Allah tu sebaik2 perancang,” tulisnya.
Sekadar makluman, seramai 543 pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) terlibat dalam keputusan pemberhentian membabitkan tempoh perkhidmatan berakhir 12 Mac 2020.
Foto : Instagram Saiful Nizam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir 10 tahun memujuk, penerbit terkenal, Datuk A. Aida mengakui gembira apabila anaknya, Azeva Natassha akhirnya terbuka hati untuk menceburi bidang seni.