Ucapan ulang tahun perkahwinan chef Selebriti, Datuk Fazley Yakoob terhadap isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sememangnya mampu menitiskan air mata buat sesiapa sahaja yang membacanya.

Menerusi entri di laman Instagramnya, Fazley menyatakan rasa bersyukur mempunyai isteri seperti Azrene sepanjang 13 tahun bersama.

“To my beautiful wife, Adik Sayang @azrene_ahmad – Thank you so very much for the most wonderful 13 years of my life, and both of our lives together.

“7th November, the day we both officially became husband and wife, berkat doa ibu & arwah bapak, mama & papa, wanda, adik beradik, serta semua keluarga.. abang berjaya juga melafazkan akad nikah dan kita sehidup semati dengan izin Allah.

“Dugaan demi dugaan, rintangan demi rintangan agar kita dipisahkan, namun tentunya Allah lebih berkuasa.

“Tidak akan ada orang tahu sepenuhnya apa yang telah kita lalui untuk bersama dan kekal bersama demi anak-anak tersayang.

IKLAN

“Kita bersabung nyawa, tergadai maruah, hilang punca rezeki namun dengan kuasa Allah, kasih sayang kita tetap berkekalan.

“Terima kasih Adik Sayang, kerana sentiasa menjadi kekuatan abang, sentiasa tersenyum walaupun ketika kita sentiasa dipaksa untuk berpisah, sentiasa manja dengan abang walau pun hati penuh kerisauan, sentiasa sabar bersama abang walaupun maruah abang dipijak2 oleh insan yang seharusnya mendoakan kita.

“Allah menduga namun Allah jualah yang memberikan keberkatan,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Fazley yang juga merupakan seorang penyanyi sebelum ini turut mencipta lagu khas buat isteri tercinta.

“Lagu ini dulu Abang hasilkan khusus buat Adik Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Abang seumur hidup, isteri sehingga berpisah mati.

“Moga syurgalah tempat mu nanti, berkat menjadi isteri yang begitu sempurna dalam hidup abang.. LOVE YOU VERY MUCH ADIK SAYANG! HAPPY 13TH ANNIVERSARY!!,” tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

To my beautiful wife, Adik Sayang @azrene_ahmad – Thank you so very much for the most wonderful 13 years of my life, and both of our lives together. 7th November, the day we both officially became husband and wife, berkat doa ibu & arwah bapak, mama & papa, wanda, adik beradik, serta semua keluarga.. abang berjaya juga melafazkan akad nikah dan kita sehidup semati dengan izin Allah. Dugaan demi dugaan, rintangan demi rintangan agar kita dipisahkan, namun tentunya Allah lebih berkuasa. . Tidak akan ada orang tahu sepenuhnya apa yang telah kita lalui untuk bersama dan kekal bersama demi anak-anak tersayang. Kita bersabung nyawa, tergadai maruah, hilang punca rezeki namun dengan kuasa Allah, kasih sayang kita tetap berkekalan. . Terima kasih Adik Sayang, kerana sentiasa menjadi kekuatan abang, sentiasa tersenyum walaupun ketika kita sentiasa dipaksa untuk berpisah, sentiasa manja dengan abang walau pun hati penuh kerisauan, sentiasa sabar bersama abang walaupun maruah abang dipijak2 oleh insan yang seharusnya mendoakan kita. Allah menduga namun Allah jualah yang memberikan keberkatan. . Lagu ini dulu Abang hasilkan khusus buat Adik Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Abang seumur hidup, isteri sehingga berpisah mati.. moga syurgalah tempat mu nanti, berkat menjadi isteri yang begitu sempurna dalam hidup abang.. LOVE YOU VERY MUCH ADIK SAYANG! HAPPY 13TH ANNIVERSARY!! . NOVEMBER ITU (Lagu/Lirik : Fazley Yaakob) . Terdengar hembusan bayu membisikkannya untukku Terdengar desiran lafaz pendam rindunya padaku Manis tak selalu madu pahit tak selalu racun Saat mimpi terukir jua ohh . November itu kau jadi milikku November itu cinta telah bersatu November itu penghujung cerita November itu ku raja hatimu kasih Kau ratu hatiku . Masih bisa aku membayangkan segala rentetan Masih mampu aku memutar memoriku selalu Manis tak selalu madu pahit tak selalu racun Saat mimpi terukir jua . November itu kau jadi milikku November itu cinta telah bersatu November itu penghujung cerita November itu ku raja hatimu kasih Kau ratu hatiku 7 November ❤️

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Susulan itu, ramai netizen yang tersentuh membaca kisah cinta pasangan tersebut mendoakan agar mereka berkekalan hingga ke Jannah.

“Walaupun Kita Sentiasa Dipaksa Untuk Berpisah, Sehidup Semati Dengan Izin Allah,” – Sayu Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Datuk Fazley Yakoob Buat Isteri, Siap Tulis Lagu “Walaupun Kita Sentiasa Dipaksa Untuk Berpisah, Sehidup Semati Dengan Izin Allah,” – Sayu Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Datuk Fazley Yakoob Buat Isteri, Siap Tulis Lagu

Sebelum ini, Fazley juga ada melakukan kejutan buat isterinya dengan menghantar sendiri bunga di tempat kerja Azrene baru-baru ini. Wow, Romantik habis!

Foto/Instgaram: Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI