Bekerja secara profesional, vokalis Kristal, Ewal Ismail berkata hubungannya dengan adik-beradik bekas tunang iaitu Rody dan Acap tidak pernah tergugat.

Menurut Ewal atau nama sebenar Ikhwan Hafiz Ismail, 31, dia tidak berasa kekok untuk bekerja dengan abang dan adik bekas tunangnya iaitu Adda yang merupakan ahli kumpulan Butterfly.

“Saya tak rasa kekok bersatu dalam sebuah band dengan abang dan adik kepada bekas tunang saya kerana kami profesional.

“Lagipun kami sudah berkawan lama sejak awal belasan tahun jadi apabila tiada jodoh saya dengan Adda, itu bukan satu isu yang boleh pecah belahkan Kristal.

IKLAN

“Sebenarnya Rody dengan Acap terkejut masa kami kata nak bertunang, berbanding ketika pertunangan itu berakhir.

“Kalau tiada jodoh kita pun tak boleh buat apa-apa. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.. Adda pun dah jadi isteri orang,” katanya.

IKLAN

Pertunangan Ewal dengan Adda atau Nur Syuhada Baharuddin, 33, pada September 2021 hanya mampu bertahan sebulan lebih, bagaimanapun mereka tidak menguar-uarkan bila ikatan itu berakhir.

Dalam perkembangan terbaharu, Ewal yang merupakaan anak kepada vokalis Wings, Mel itu akan beraksi minggu ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sempena Fiesto Fest @Penang 2.0.

IKLAN

Antara penyanyi-penyanyi yang turut menghiburkan pengunjung ialah Azlan Typewriter, Ronnie Hussein, Baby Shima, Asheed Def Gab C, Klangit, D_va dan Akar Band.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI