Pelakon yang juga adik kepada Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida, Betty Rahmad telah selamat menganjurkan majlis akikah serta kesyukuran buat permata hatinya, Ardy Wira Ardy Shafiq, pada Ahad.
Sambil merakamkan ucapan terima kasih buat tetamu yang hadir serta semua pihak terlibat menjayakan majlis, Betty turut memaklumkan majlis akikah hanya sempat dilakukan ketika usia anaknya mencecah sembilan bulan.
“Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat. Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati!
“Majlis Aqiqah & Kesyukuran @ardywira_ 10/11/2019. Nanti dah besar kamu boleh tengok balik perangai kamu menari-nari macam ulat masa orang tengah marhaban. Thank you semua yang datang & thank you semua yang buat majlis saya best!
Ads
“Sebelum korang tanya i tag siap-siap nanti siapa nak buat apa-apa majlis boleh cari dorang ok. Dijamin service terbaik & food sedap,” katanya pada salah satu entri sejurus disertakan dengan kredit.
Aktres jelita, Fasha Sandha tidak mahu menafi atau mengiyakan mengenai desas-desus yang mendakwa dirinya kini kembali hamil selepas mengalami keguguran lebih empat bulan lalu.
Malah bintang berusia 35 tahun itu turut meminta ramai supaya mendoakan yang baik-baik buat dirinya agar dikurniakan rezeki zuriat menerusi hasil perkongsian hidup bersama pelakon, Aidil Aziz.
“Doakanlah yang baik-baik. Pengalaman keguguran lalu menyebabkan saya tidak mahu bercakap lebih mengenai kehamilan.
“Saya percaya, mereka yang pernah ada pengalaman sedemikian akan rasa fobia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Apa pun doakan yang baik-baik.
“Saya tidak mahu komen apa-apa pun mengenai kandungan sebab pernah alami keguguran yang teruk dan sangat mendukacitakan buat kami sekeluarga.
“Jadi sebab itulah saya tidak bercakap langsung. Kalau ada yang tanya pun, saya tidak nafi atau mengiyakan. Saya hanya minta agar mereka mendoakan yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana tahap fobia yang dialami hingga membuatkan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) ASK2017 itu ragu-ragu untuk berkongsi mengenai dakwaan sedang hamil, ini jelas Fasha;
“Sebelum ini saya alami keguguran ketika usia kandungan kira-kira lapan minggu. Ketika itu harapan sepenuhnya sudah diberikan kepada anak-anak dan mereka sangat teruja dengan berita tersebut.
“Jadi bila saya alami keguguran sebelum ini…bukanlah tidak teruja tetapi saya ambil pendirian untuk tidak terlalu bercakap mengenai hal tersebut. Tidak mahu mengiya dan tidak mahu menidakkan. Cuma sudah tentu kita mengharapkan yang baik-baik.
“InsyaAllah akan buat pengumuman… Mungkin kali ini kalau saya nak bersalin baru saya umumkan kot. Fobia sampai macam tu sekali memandangkan ketika saya gugur dulu ada yang cakap mungkin kerana terlalu awal saya umumkan. Rasanya tidaklah begitu…
“Ada kawan saya yang usia kandungannya cecah tujuh bulan pun masih boleh gugur. Tiada rezeki Allah nak bagi. Apa pun, peristiwa itu sangat memberi kesan terutamanya pada anak-anak. Suami masih lagi okay sebab dia seorang yang positif, optimistik dan percaya pada rezeki.
“Saya lagi sedih dari suami sebenarnya sebab harapan itu sudah diberikan kepada anak-anak. Mereka yang minta saya berkahwin kerana mahukan adik. Jadi bila sudah kahwin dan mengandung tiba-tiba keguguran.
“Saya tak mampu buatkan mereka gembira dan sebab itulah saya jadi macam fobia,” akui Fasha yang turut merakamkan raya syukur kerana dikurniakan rezeki serta tawaran kerja yang tidak putus-putus.
Terdahulu, bintang ini ditemui media pada majlis Pelancaran Ubat Gigi Aura White Bersama Guardian di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.
Turut diadakan ialah sesi ramah mesra bersama wajah wakilan Ubat Gigi Aura White lainnya iaitu Izzue Islam dan PU Azman.
Fasha mendirikan rumah tangga bersama Adil Aziz pada 30 Mac lalu dan menerusi perkahwinan sebelum ini bersama Rizal Ashram Ramli, bintang cantik itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma
Ternyata lakonan hebat pelakon Zara Zya menerusi drama rantaian Pia membuahkan hasil apabila aktres tersebut menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019, pada Jumaat lalu.
Bintang berusia 34 tahun ini turut meluahkan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang diraih.
Zara turut berkata, dia sangat menanam impian untuk menerima trofi Anugerah Skrin.
“Alhamdulillah saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memang nak sangat rasa trofi Anugerah Skrin sebab ini bukan undian ini daripada juri.
“Sejujurnya tak menyangka yang saya akan memenangi malam ini,” kongsi Zara Zya sejurus memenangi anugerah tersebut.
Tahun lalu, kategori sama telah dimenangi oleh pelakon Amyra Rosli menerusi drama Nur.
Ditanya andai ada pihak yang membanding-bandingkan, ini kata Zara;
“Itu terpulang sebab kita boleh bercakap apa sahaja yang kita nak cakap. Jadi terpulang kepada sesiapa yang ingin berkata.
“Akan tetapi saya tetap tahu yang penyokong Pia itu ada,” katanya kepada MH.
Kemenangan pelakon Amyza Aznan di Anugerah Skrin 2019 bagi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama telah menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air.
Atas usaha kesabaran, tuah akhirnya berpihak kepada aktres berusia 45 tahun itu. Lantas, Amyza ada menitipkan sesuatu bersempena dengan kejayaannya itu.
Malah, bintang itu memberikan penjelasan mengenai insiden tersasul menerusi akaun Instagram miliknya.
“TAKZIAH !!!!!!!!!! WHY? WHY? WHY TAKZIAH! BAK BULAN JATUH KE RIBA tapi kan,first of all tq pd yg x henti2 mengharapkan kak kaaia dpt pegang trophy. u know u who u are . terlalu ramai yg setuju dgn pengiktirafan daripada ANUGERAH SKRIN 2019,x mudah untuk tercalon apatah lagi untuk dpt pengiktirafan dari juri2 untuk anugerah berprestij ni.
“Ya, 20 tahun,5 kali tercalon top 5 di anugerah skrin dan abp,tp tak menang.
“tak sangka beberapa tahun lg je dah kategori pencen kerajaan,dapat award. suka la kak kaaia..sampai takziah ko!,” tulisnya.
Sementara itu, usahawan ini juga turut merakamkan rasa terharu kerana ada penggiat seni yang berdiri sebagai tanda sokongan atas kemenangan.
“btw… manis betul kemenangan ni, sebab … bila nama kak kaaia diumumkan, ada standing ovation dr rakan seperjuangan(masa atas stage x nmpk,bila tngok kat you tube,ya allah terharu nya) and bila kak kaaia baca comment2 dia online,medoa social,rata2 ada yg sebak,menjerit and ada yg menangis kerana terlalu setuju dgn rezeki kak kaaia pd tahun ni.
“manis sangat. patut lah allah bg sekarang after 20 yrs,if dia bg awal2 dulu mungkin tak semanis ini moment ni. dan kerana 20 tahun juga kak kaaia smpi tersasul cakap takziah.sebenarnya nak cakap “TAHNIAH BATIK ZAKIAH” TAPI…. lidah melekat agaknya… terus tergabung jadi TAKZIAH!!!
“nasib la sel2 otak bergabung cepat,coverrrrrline, tapi kan kan kan… moment takziah ni kak kaaia rasa moment yg tak akan dikuoakan sebab…MANA ADA ORG UCAP TAKZIAH ORG GELAK, HANYA KAK KAAIA JE UCAP TAKZIAH AUDIENCES KAT HALL PWTC TU GELAK. one and only …kak kaaia,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.