Aktres Mimi Lana mendedahkan suaminya yang juga aktor, Syafiq Kyle tidak pernah menetapkan sebarang syarat berkaitan kerjayanya sebagai pelakon walaupun selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Namun begitu, jelas Mimi, setiap individu harus tahu menilai sendiri batas yang wajar dijaga demi menghormati pasangan.
“Kami tiada meletakkan sebarang syarat kerana kami sudah berkenalan agak lama. Namun, kita perlu ada common sense.
“Sebagai manusia, kita saling boleh fikir sendiri apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Kita sendiri tahu baik buruk sesuatu perkara.
“Kita sudah ada perbincangan ini sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi, tiada sebarang masalah,” katanya kepada MH.
Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama First Wives di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tanggungjawab Isteri, Sokongan Suami
Mengulas tentang perubahan yang berlaku dalam rutin harian selepas bergelar isteri, Mimi tidak menafikan kehidupannya kini lebih berbeza dan dia masih dalam proses menyesuaikan diri.
Ads
“Banyak perbezaan yang saya alami selepas mendirikan rumah tangga. Yang paling utama, bila bangun pagi, ada suami di sebelah. Kini, baru saya faham tanggungjawab seorang isteri.
“Walaupun, pada mulanya saya nampak perkara itu seakan mudah, tapi tanggungjawab seorang isteri ini sangat besar. Begitu juga dengan suami.
“Alhamdulillah, saya dikurniakan suami seperti Syafiq yang sentiasa menyokong saya,” ujarnya lagi.
Wanita Perlu Bangkit & Bersatu
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Mimi teruja apabila berpeluang membintangi drama bersiri terbaharu, First Wives.
Karya arahan Imri Nasution itu disifatkan sebagai istimewa kerana ia memberi sokongan kepada wanita, khususnya yang berdepan dengan konflik rumah tangga.
Ads
“Kita sering disajikan dengan drama wanita menindas wanita lain kebelakangan ini. Namun, saya suka drama ini kerana mengetengahkan wanita yang memerlukan sokongan sesama wanita.
“Wanita ini jika mereka bergabung, kita akan jadi lebih kuat. Bila saya membawakan watak ini, saya harap para wanita yang mengalami nasib sama, mereka akan rasa dilihat dan didengari.
“Walaupun ini drama komedi, tapi saya rasa agak sedih. Wanita ini hatinya lembut dan sanggup berikan segalanya kepada pasangan. Bila suami pula buat hal, saya jadi sedih,” katanya lagi.
Mengulas lanjut soal kepercayaan dalam hubungan, Mimi kekal positif meski sering membaca mengenai kisah pasangan yang tidak jujur di media massa.
Ads
“Sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersangka baik.
“Kalau ada perkara yang tidak jujur atau berniat tidak baik, saya percaya cepat atau lambat, kita akan tahu juga,” katanya.
Selain Mimi, First Wives turut dibintangi oleh Malek Mccrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Zeera Azizi dan Andy Teh.
Ia bakal ditayangkan bermula 11 April ini secara On Demand dan penstriman melalui platform Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengharapkan agar isteri pertama yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin boleh berbincang dan berbaik menerusi proses penyelesaian melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti diputuskan Mahkamah Syariah bermula hari ini.
Terdahulu, Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kira-kira jam 9.35 pagi, disusuli Puteri Sarah sambil ditemani adik perempuannya, Raja Sofea, kira-kira sejam kemudian.
“Hari ini, kami jalani proses JKP. Semoga daripada sesi ini, Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.
“Saya difahamkan Sarah ditemani ahli keluarga. Tidak tahu lagi macam mana, doakan yang terbaik dan kita jumpa selepas ini,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di perkarangan JAWI, pagi tadi, lapor Berita Harian.
Terdahulu pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah sudah tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, menurut hukum syarak.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Issey Fazlisham menzahirkan rasa syukur selepas anaknya, Faeeq Fathian terselamat daripada kemalangan melibatkan sebuah kereta yang mengundur dalam keadaan laju sehingga terlanggar kedai barangan kucing di Eco Grandeur 1/8, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.
Menurut Issey, ketika kejadian tersebut berlaku, anaknya itu dikatakan berada paling hampir dengan kawasan kemalangan tetapi sempat melarikan diri.
“Kejadian yang berlaku semalam, di Amy Catz My di Eco Granduer, Puncak Alam. Ketika ini isteri saya, Aimi Jamel, anak buah, Umaira (anak saya) dan Iyyen (anak saya) berada di dalam kedai.
“Aimi sedang memilih barang kucing, anak lelaki saya Iyyen (baju kuning) paling hampir dengan kejadian. Alhamdulilllah. Allah lindung kami sekeluarga,” tulisnya.
Perasaan lega itu dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Gegar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, seorang kanak-kanak dilaporkan tercedera dalam insiden kemalangan tersebut.
“Kecederaan berlaku pada mangsa di luar. Katanya terus dirawat di hospital, dan kecederaan ringan.
“Alhamdulillah semuanya selamat. Saya bersimpati dengan apa gang terjadi. Ketika ini saya tiada di tempat kejadian,” kongsinya lagi.
Terdahulu, tular di laman sosial video kamera litat tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta melanggar seorang kanak-kanak dan pintu hadapan sebuah premis.
Dalam kejadian 6.40 petang itu, lelaki berusia 30-an terbabit memandu kereta Hyundai Elantra turut melanggar pintu hadapan kedai menjual makanan binatang.
Berikutan kemalangan itu, kanak-kanak berkenaan cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam sebelum dibenarkan keluar, 8.30 pagi, hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas salah seorang peserta Dewi Remaja 18/19, Haneesya Hanee yang berterusan menjadi mangsa sesetengah netizen kerana asyik mempersoalkan fizikal serta warna kulitnya, hari ini bekas peserta musim terdahulu, Deja Sabri turut berkongsi pengalaman sama.
Katanya, dia pernah digelar Monyet Hitam ketika sedang bersaing dalam program Dewi Remaja edisi 2014/15 lalu. Perkongsian berkenaan diluahkan Deja menerusi Facebook.
“Hari ni so viral psl ‘dark skin’ & ‘dewi remaja’. I think i have too. BEEN THERE DONE THAT. Im jus sharing wht i do when people call me ‘MONYET HITAM’ during competition ‘Dewi Remaja 2014/2105’ (but my mom & my close friend sure tahu i nangis teruk down sbb 1st time kena hina kat media sosial. Sampai rasa nak tarik diri but i ta give up.
“Apa yg i nak sampai kan. Tis kind of stupid people with their mind will never stop talking or buly or wht eve.
“And wht we should do? Jus keep calm & enjoy our life and people will respect us. We can’t stop them no matters. But we can show to them how perfect is our life,” tulis Deja disusuli dengan tanda palang #dewiremaja dan #dewiremaja14/15
Pada masa sama, Deja turut memuat naik beberapa posting, menjelaskan perkara sama.
Terdahulu, kacukan Melayu-Arab, Haneesya juga mempunyai masalah disleksia sejak kecil.
Apa pun, saksikan perjalanan dan jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Sementara Deja sebelum ini turut bersaing dalam Dewi Remaja bersama Mawar Rahsid, Raysha Rizrose, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Foto: Facebook Deja Sabri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.